Monday, 11 June 2012

Wireless

Rangkaian tanpa wayar adalah salah satu cara untuk menyambungkan komputer-komputer dalam sebuah rangkaian. la membina sebuah rangkaian dengan menghantar isyarat frekuensi radio di antara komputer-komputer untuk berkongsi maklumat.

Rangkaian tanpa wayar adalah serupa dengan rangkaian berwayar tetapi satu perbezaan nyata ialah rangkaian tanpa wayar boleh dicapai dalam ruang litup tertentu tanpa sebarang lokasi tetap. Dengan itu pengguna dapat bergerak bebas dan duduk dimana sahaja tanpa sebarang masalah (jika berada di dalam ruang capaian frekuensinya).

Dua jenis topologi rangkaian tanpa wayar iaitu:
  • peet-to-peer
    • Rangkaian akan berhubung dengan setiap komputer yang ada dalam rangkaian dengan lebih mudah dan secara langsung. Manakala bagi rangkaian tanpa wayar
  • client-server
    • Terdapat titik capaian (access point) untuk membolehkan komputer notebook menerima dan menghantar data menerusi titik ini menghantar kepada semua komputer yang dicapai oleh rangkaian.
KELEBIHAN

  • Teknologi ini adalah mengurangkan penggunaan kabel, yang memerlukan ruang untuk menghubung antara satu peranti dengan peranti ynag lain, dan juga merumitkan untuk menghubungkan lebih dari 2 piranti bersambung. 
  • Misalnya: untuk menghubungkan sebuah 1 komputer server dengan 100 komputer pengguna, maka memerlukan 100 buah kabel, dengan jarak panjang yang bersesuaian dengan jarak komputer pengguna dengan server. 
  • Jika kabel-kabel ini tidak ditutupi (seperti cable tray atau conduit), hal ini dapat mengganggu pemandangan mata atau mencacatkan pemandangan suatu bangunan. 
  • Tetapi jika menggunakan wireless maka dapat menjimatkan ruang dan pemandangan dalam sesebuah banggunan lebih teratur dan selesa. 

Terdapat empat jenis rangkaian tanpa wayar yang mana ia dibahagikan menurut kelajuan capaian rangkaian dan kos untuk mengimplimentasinya. 


  • Bluetooth
    • Teknologi ini tidak digunakan secara meluas lagi dan ia tidak mampu mengantikan rangkaian berkelajuan tinggi di antara komputer. la berspesifikasi untuk menggunakan radio berkuasa rendah untuk menghubungkan telefon dan komputer dalam jarak yang pendek tanpa wayar. Topologi Bluetooth dikenali sebagai piconet atau PAN (personal area network). Piconet mengendungi sekurang-kurangnya dua hingga maksimum lapan peranti Bluetooth dalam rangkaiannya. Bluetooth mempunyai jarak maksima 10 meter (30 kaki) dan kelajuan ia berkomunikasi tidak sampai 1 Mbps. la menggunakan isyarat radio dalam jarak 2.4 Ghz atau yang sama dengan 802.11b.
  • IrDA
    • IrDA (Inframerah) adalah sebuah piawai untuk perhubungan peranti dengan menggunakan cahaya inframerah. Cara inilah alat kawalan jauh berfungsi dan ia bergerak dengan kelajuan 4Mbps di samping bergerak dalam aliran yang lurus.
  • SWAP
    • HomeRF (RF atau Radio Frequency) telah mengujudkan sebuah standard yang dipanggil Shared Wireless Access Protocol atau SWAP. SWAP mempunyai enam saluran suara berdasarkan kepada standard Digital Enhanced Cordless Telecommunications (DECT) dan spesifikasi tanpa wayar Ethernet 802.11 untuk data. Peranti SWAP melakukan 50 loncatan sesaat dan memancar pada 1 Mbps. Keberkesanan bergantung kepada pengeluar dan jumlah gangguan yang ada di kawasan yang digunakan.
    • Kelebihan SWAP:
      • Murah
      • Mudah dipasang
      • Tiada wayar tambahan diperlukan
      • Tiada titik capaian
      • Terdapat enam saluran dupleks penuh (full duplex) dan satu saluran data
      • Menyokong sehingga 127 peranti setiap rangkaian
      • Menyokong lebih daripada satu rangkaian
      • Menyokong enkripsi untuk keselamatan data
    • Kelemahan SWAP:
      • Kurang laju (biasanya 1 Mbps)
      • Jarak terhad (20 hingga 40 meter)
      • Boleh menganggu dengan peranti komunikasi 
      • Kurang serasi dengan rangkaian berwayar semasa
      • Penerima tanpa wayar yang digunakan untuk rangkaian SWAP adalah kad ISA, PCI atau PCMCIA yang mempunyai antena. Rangkaian SWAP adalah jenis rangkaian peer-to-peer di mana ja memudahkan capaian kepada rangkajan tetapi mempunyai jumlah gangguan yang ketara.
  • Wi-Fi

    • Wireless Ethernet Compatibility Alliance (WECA) telah mengemukakan Wi-Fi (wireless fidelity) sebagai alternatif kepada SWAP. la serasi dengan variasi IEEE 802.11 yang juga dikenali selbagai IEEE 802.11b. Dengan keserasian kepada 802.11b, perantinya mampu berkomunikasi pada kelajuan 11 Mbps. Walaupun capaian maksimanya ialah 11 Mbps tetapi ia tidak tetap dan boleh menurun sehingga 1 Mbps. Namun ia tetap stabil dan mampu memberilkan sokongan yang baik kepada rangkaian.
    • Kelebihan WI-FI:
      • Laju (11 Mbps). 
      • Stabil Jarak lebih jauh (75 hingga 125 meter) 
      • Boleh digabungkan dengan rangkaian berwayar semasa 
      • Serasi dengan sebarang peranti 802.11 DSSS
    • Kelemahan WI-FI:
      • Agak mahal 
      • Agak sukar untuk dipasang 
      • Kelajuan tidak konsisten
    • Wi-Fi menawarkan kelajuan yang tinggi tetapi kosnya agak mahal. la juga memerlukan titik capaian yang kosnya melebilhi RM2,000 sebuah. Manakala kad capaian Wi-Fi pula mencecah sehingga RM500 sekeping. la terdapat dalam versi PCI, USB dan Apple juga ada mengeluarkan produk capaian Wi-Fi yang dikenali sebagai Airport yang juga serasi dengan komputer berasaskan Windows.

LANGKAH-LANGKAH MENYEDIAKAN WIRELESS

Terdapat banyak jenama-jenama Access Point yang berada di pasaran, saya juga telah menggunakan banyak jenis Access Point. Antara yang popular adalah jenama Asus, Belkin, D-Link, NETGEAR dan lain-lain. Tidak kira jenis atau jenama Wireless Access Point yang digunakan oleh anda, penyediaan Access Point adalah hampir sama bagi kebanyakan vendor. Langkah ini tidak memerlukan penggunaan mana-mana cakera padat atau perisian tertentu. Semua konfigurasi akan dilakukan melalui pelayar web.

1) Log Masuk ke Panel Kawalan Access Point

2) Tukar Kata Laluan Default

3) Konfigurasi Asas Tetapan Wireless

4) Konfigurasi Keselamatan Tanpa Wayar

5) Konfigurasi Alamat IP Access Point

6) Uji Sambungan



Internet


  • Internet (interconnected-networking) ialah rangkaian komputer yang terhubung di dalam beberapa rangkaian.
  • Internet (huruf ‘I’ besar) ialah sistem komputer umum, yang berhubung secara global dan menggunakan TCP/IP sebagai protokol pertukaran paket (packet switching communication protocol). 
  • Rangkaian internet yang terbesar dinamakan Internet. 
  • Cara menghubungkan rangkaian dengan kaedah ini dinamakan internetworking.
  • Internet adalah merupakan jaringan komputer yang dibentuk bagi tujuan untuk membuat sistem jaringan komputer yang tersebar dengan menghubungkan komputer di daerah-daerah vital untuk mengatasi masalah bila terjadi serangan nuklir dan untuk menghindari terjadinya informasi terpusat, yang apabila terjadi perang dapat mudah dihancurkan.
KEBAIKAN:
  1.  Maklumat
  2. Alat komunikasi
  3. Jimatkan kos dan masa
  4. Berita terkini
  5. Pengiklanan
  6. Hiburan
  7. Pendidikan secara atas talian
  8. Servis Perkhidmatan

KEBURUKAN:



  1. Ketidaktepatan maklumat
  2. Virus/ Malware/ Worm/ Trojan
  3. Bahan-bahan yang tidak bermoral
  4. Isu keselamtan
  5. Pembaziran masa


INSFRASTRUKTUR INTERNET


  • Pada tahun ini infrastruktur internet yang dipakai adalah fiber optik atau biasa disebut jaringan kabel dan teknologi wireless. 
  • Ada beberapa faktor yang mendorong pertumbuhan penggunaan teknologi wireless, iaitu:
    • any information, 
    • anytime
    • anywhere communication 
    • any place. 
  • Dalam hal ini fleksibiltas dalam mengakses informasi dan menjalankan fungsi bisnis sudah memadahi jika menggunakan teknologi ini, pada posisi ini user akan merasakan kehandalan dari teknologi ini, seperti browsing, chating, blogging, downloading, cek email dan lain sebagainya.
  • Aspek yang lain adalah simplicity yaitu kemudahan dalam melakukan pembangunan infra struktur secara cepat dalam mengantisipasi peningkatan pengguna internet diseluruh dunia. 
  • Seiring dengan perkembangan layanan broadband kini muncul inovasi teknologi nirkabel yang lebih mutakhir untuk mengantisipasi perkembangan internet yang semakin pesat. 
  • World wide Interoperability for Microwave Access (WiMAX) merupakan salah satu produk dari Broadband Wireless Access (BWA) yang didasarkan pada standar Institute of Electrical and Electronics Engineering (IEEE) 802.16 yang didesain untuk jangkauan yang cukup luas sehingga penetrasi internet bisa ditingkatkan.



Tuesday, 17 April 2012

Cabling

  • Cabling merupakan antara media penghantaran.
  • Media Penghantaran – laluan di mana data dihantar di dalam sistem komunikasi.
  • Terbahagi kepada beberapa jenis:
    • Ruang bebas (terrestrial and satellite microwave)
    • Kabel fiber optik
    • Kabel berlogam
i. Free space (terrestrial and satellite microwave) 
  • Microwave (gelombang mikro) amat sesuai untuk komunikasi dan aplikasi radar kerana ia mempunyai frekuensi yang tinggi dan jarak gelombang yangpendek.
  • Frekuensi yang tinggi dapat membekalkan lebarjalur yang luas.
  • Berupaya memuatkan semua maklumat termasuk AM dan FM.
ii. Kabel fiber optik  
  • Kabel fiber optik mengandungi teras kaca yang dilindungi oleh beberapa lapisan.
  • Ia memancarkan cahaya dengan lebih baik dan mampu mengatasi masalah gangguan elektrikal dalam signal.


     
 






   





Ciri-ciri kabel fiber optik
i. Mampu memancarkan isyarat pada jarak yang lebih jauh berbanding kabel biasa.
ii. Berkebolehan membawa isyarat dengan kadar yang sangat laju.
iii. Kos yang berpatutan berbanding kabel biasa
iv. Sukar untuk diubahsuai dan pemasangan yang susah

ANTARA KABEL YANG BIASA DIGUNAKAN DALAM KOMUNIKASI DATA

a. Unshielded Twisted Pair (UTP) Cable
  • Merupakan jenis kabel yang paling popular dan menjadi pilihan untuk digunakan dalam sambungan rangkaian di sekolah-sekolah.
  • Mempunyai 4 pasang wayar yang terkandung di dalam jaket pelindung.
  • Setiap pasang dipintal dengan bilangan pintalan yang berlainan setiap 1 inci untuk menghapuskan gangguan daripada pasangan yang bersebelahan atau daripada peranti elektrikal yang lain.
  • Dari 8 buah kabel yang ada pada kabel ini, hanya 4 sahaja yang diguna untuk mengirim dan menerima data
b. Unshielded twisted pair connector (UTP) cable



  • Jenis yang biasa digunakan adalah RJ-45 connector. 
  • Terdapat dua jenis pemasangan kabel Twisted pair iaitu:
    • Pemasangan Lurus (Straight-Through)
    • Pemasangan Terbalik (Cross Over)

 Pemasangan lurus
  • Pemasangan lurus biasanya digunakan untuk menghubungkan hab dengan komputer.
  • Kabel pemasangan lurus mempunyai sambungan wayar kod warna yang sama di kedua hujung komputer dan hab.
Pemasangan terbalik
  • Pemasangan terbalik digunakan untuk komunikasi antara komputer dengan komputer.
 c. Shielded Twisted Pair (STP) Cable


  • Kabel STP sesuai untuk persekitaran yang mempunyai gangguan elektrikal. 
  • Kabel sepaksi mempunyai pengalir kuprum tunggal di dalamnya.
  • Lapisan plastik di luar memberikan penebatan antara pengalir teras denganbraided metal shield.
  • Logam berpelindung membantu menyekat sebarang gangguan luaran seperti cahaya fluorescent , motor dan komputer2 lain.

Coaxial cable connector

  • Jenis penyambung yang paling popular untuk digunakan dalam kabel sepaksi adalah Bayone-Neill_Concelman (BNC) connector.

Sunday, 15 April 2012

Network Hardware




    1. FILE SERVER

  •  Fail server dalam sistem rangkaian merupakan penghidup keseluruhan rangkaian dalam sistem rangkaian pelanggan-pelayan (client-server).
  • Merupakan sebuah komputer berkuasa tinggi, mempunyai jumlah memori dan ruang storan yang besar, kad rangkaian yang laju.  
  • Dilengkapi dengan Sistem Operasi Rangkaian (Networking Operating System - NOs)
  • Fungsi:
    • untuk mengawal-selia semua komunikasi data di antara nod dalam rangkaian. 

     2. WORKSTATION


  • Semua komputer yang dihubungkan dengan fail server dalam rangkaian dikenali sebagai stesen kerja (workstation). 
  • Dilengkapkan dengan :
    • kad rangkaian
    • perisian rangkaian
    • kabel yang sesuai. 

     3. NETWORK INTERFACE CARD
  • Kad Rangkaian (Networking Interface Card) merupakan peranti yang digunakan untuk menghubungkan stesen kerja dengan rangkaian secara fizikal. 
  • Dipasang pada slot tambah dalam komputer tetapi terdapat juga komputer seperti Mac Classics yang disambungkan secara luaran melalui port bersiri atau port SCSI (Small Computer System Interface).
  • Kad rangkaian merupakan faktor utama yang menentukan kelajuan dan "performance" sesebuah rangkaian.
  • Terdapat tiga jenis perhubungan peranti rangkaian iaitu:
    • kad ethernet 
    • local talk connectors 
    • token ring card
  • Mengikut kajian yang dijalankan, Kad Ethernet adalah paling meluas digunakan diikuti oleh Token Ring dan Local Talk
     4.HUB AND SWITCH



  • Hub/Switch merupakan perkakasan rangkaian yang menyediakan "central connection point" untuk penyambungan kabel daripada stesen kerja, komputer pelayan (servers), dan lain-lain perkakasan rangkaian.  
  • Digunakan dalam topologi bintang bersama dengan kabel pasangan terpiuh (twisted-pair cables).

     5. REPEATER
  • Apabila sesuatu isyarat bergerak di dalam satu rangkaian, ia menjadi semakin kurang bertenaga. 
  • Sebuah pengulang merupakan satu peranti mengecam isyarat apabila ia melintasinya. 
  • Beroperasi melalui percikan elektrik pada isyarat yang diterima dan menyaiakannya semula. 
  • Boleh dijadikan sebuah peranti asing atau disatukan dengan concentrator.
  • Ia digunakan apabila jumlah panjang kabel rangkaian melampaui had standard bagi jenis kabel yang digunakan.

     6. BRIDGES

  • Fungsi membenarkan satu rangkaian yang besar dibahagikan menjadi dua buah rangkaian yang kecil. 
  • Dapat mempertingkatkan mutu perkhidmatan pada rangkaian itu. 
  • Jika sistem perkabelan cara lama hendak disambungkan dengan sistem rangkaian terkini, sebuah jambatan merupakan jalan penyelesaian.
  • Satu jambatan bertugas mengawal laluan informasi dari kedua-dua belah bahagian rangkaian supaya ia dapat menghantar informasi yang diterima ke lokasi yang diminta. 
  • Berupaya mengawal rangkaian dan secara automatik mengumpul alamat semua komputer yang terdapat pada kedua-dua belah rangkaian. 
  • Jambatan menguruskan lalu lintas bagi mengekalkan persembahan optima dari kedua-dua bahagaian rangkaian itu tetapi maklumat berkaitan tidak akan disiarkan.
  • Jambatan turut boleh digunakan untuk menghubungkan kabel yang pelbagai jenis atau topologi fizikal tetapi protokol yang sama hendaklah digunakan.

     7. ROUTER
  • Router ialah satu peralatan yang bertindak sebagai bridges atau switch.
  • Antara fungsi:
    • Ianya membawa data diantara sagment rangkaian yang berbeza. 
    • Memeriksa pengepala paket untuk menyelesaikan bahagian yang bagus untuk paket berjalan. 
    • Membolehkan semua pengguna pada rangkaian untuk berkongsi satu sambungan pada internet atau WAN. 
  • Router menggunakan alamat paket yang lebih jelas berbanding dengan bridges.
  • Router memastikan perjalan paket atau bahagian yang paling efisyen ke destinasinya.  Jika sambungan  diantara dua router gagal, data yang dihantar router akan memutuskan router yang bergilir-bergilir untuk memastikan trafik bergerak.
  • Kelebihan:
    • mengurangkan jumlah trafik dintara rangkaian dan membolehkan router digunkan untuk menyambung  lebih efisyen berbanding dengan bridges.

     8. GATEWAYS
  • Gateways memutuskan komunikasi diantara arkitektur rangkaian yang berbeza. 
  • Mengambil data dari satu rangkaian dan mempaketkan semula, maka setiap rangkaian boleh memahami data rangkaian yang lain.
  • Gateways boleh dikatakan senbagi pentafsir. 
  • Penyambungan gateway pada 2 sistem tidak memerlukan:
    • arkitektur yang sama 
    • mengsetkan peraturan dan undang-undang komunikasi 
    • struktur performatan data

Penghantaran Data

# JENIS #


     1. ANALOG


  • Penghantaran Analog menghantar data dalam bentuk gelombang elektrikal yang berterusan.
  • Data yang melalui talian telefon adalah dalam bentuk gelombang bunyi.
  • Oleh sebab itu, talian telefon yang menghantar talian analog digunakan dengan meluas dalam sistem komunikasi data sedangkan komputer mengendalikan data digital, penukaran data digital ke analog dan analog ke digital perlu dilakukan.
  • Penukaran ini dilakukan dengan menggunakan modem. 
  •  Modem adalah alat yang berfungsi untuk menukar isyarat digital ke analog dan sebaliknya. 
Gambar rajah dibawah menunjukkan tentang Perkakasan Dalam    
                                    Perhubungan Data:


     2. DIGITAL


  • Penghantaran digital menghantar data dalam bentuk denyutan elektrikal yang berbeza iaitu sama ada on atau off. 
  • Komputer mengendalikan data digital yang diwakili oleh digit binari 0 dan 1.
  • Lebih baik daripada analog kerana:
    • lebih mudah mengenali bit 1 & bit 0
    • tidak mengumpulkan ‘noise’ seperti analog
    • Data digital lebih sesuai untuk komunikasi komputer kerana data tidak perlu di ‘modulate’
    • Dapat menggunakan kabel yang sama untuk membawa perbagai jenis data, seprti teks, suara & video kerana semuanya berbentuk bit.
    • Kos yang semakin murah dengan adanya chip-chip yang begitu tinggi kemampuannya.
    3. BROADBAND / JALUR LEBAR
  • Medium yang menyambungkan komunikasi berkeupayaan tinggi
  • Laju
  • Semakin tinggi bandwidth, semakin laju maklumat dapat dihantar

# TEKNIK PENGHANTARAN DATA DALAM DIGITAL #

    1. SERIES TRANSMISSION


  • n-bit data dihantar secara berjujukan.
  • Memerlukan satu talian sahaja
  • Lambat
  • Untuk jarak yang jauh
  • Lebih popular kerana banyak peranti
  • Komputer tidak boleh mengendalikan data yang dihantar secara selari.
  • Memerlukan penukar selari ke siri (Multiplexer) untuk data keluar.
  • Memerlukan penukar siri ke selari (Demultiplexer) untuk data masuk.

     2. PARALLEL TRANSMISSION



  • n-bit data dihantar secara serentak
  • Memerlukan banyak talian
  • Lebih laju
  • Sesuai untuk jarak yang dekat
 # MOD PENGHANTARAN DATA #
  • MOD : pergerakan data antara dua titik
  • Tiga jenis mod penghantaran dalam komunikasi data adalah:
    • simpleks
    • half dupleks
    • full dupleks
       i. SIMPLEKS (SIMPLEX) 
  • Maklumat dihantar dalam satu hala sahaja. 
  • Contoh; penyiaran radio dan TV.
      ii. DUPLEKS SEPARUH (HALF DUPLEX)
  • Maklumat dihantar secara dua hala tetapi tidak pada masa yang sama.
  • Contoh: walkie-talkie



      iii. DUPLEKS PENUH (FULL DUPLEX)
  • Maklumat dihantar secara dua hala serentak pada masa yang sama.
  • Contoh: telefon

Saturday, 14 April 2012

Computer Network

RANGKAIAN KOMPUTER menghubungkan natara satu komputer dengan komputer-komputer ataupun devices yang lain untuk membolehkan mereka berkomunikasi antara satu sama lain.

Sebagai contonya dari segi:
  • Perisian komputer
  • Penghantaran data
  • Perisian komunikasi
  • Software




# JENIS RANGKAIAN #


     1. PAN
  • Merupakan rangkaian pribadi
  • Contohnya ialah dengan menyambungkan komputer dengan printer, tetikus dan sebagainya
   
     2. LAN
  • Merupakan rangkaian kawasan setempat.
  • Kawasan rangkaian yang terhad pada batasan geografi seperti;        
    • makmal.
    • sekolah / bangunan.
  • Rangkaian LAN terbahagi kepada dua jenis iaitu;


      i)  Pengguna dan pelayan (Client-server)






  • Terdiri daripada sebuah komputer pelayan (Server) untuk melayan komputer lain yang bertindak sebagai pengguna (Client).
  • Komputer pelayan akan menjalankan pengurusan pusat(Centralized) untuk melayan pengguna-pengguna dari segi perkongsian perisian aplikasi, data, pencetak dll. 
  • Pelayan biasanya berkuasa tinggi. 
  • Jenis-jenis palayan:
    • Pelayan fail (Fail server)- Menyimpan perisian dan data.
    • Pelayan data (Database server)- Menyimpan data sahaja.
    • Pelayan cetak (Print server)- Mengawal satu atau lebih pencetak.
    • Pelayan fax (Fax server)- Menguruskan penghataran fax.
    • Pelayan mel (Mail server)- Menguruskan e-mail.
  • Biasanya pelayan ini tidak memproses atau mengubah data yang dikirim. 
  • Pelayan tidak perlu tahu jenis fail, sebaliknya ia sibuk menjawab permintaan dari komputer pengguna atas fail yang disimpamnya.
      * KELEBIHAN *
  • Keselamatan sumber dan data dikawal oleh pelayan.
  • Semua komponen( client/ network/ server) kerja serentak.
  • Perkongsian data dan perisian aplikasi boleh di lakukan.
     * KELEMAHAN *
  • Perbelanjaan yang lebih mahal untuk sebuah komputer pelayan.
  • Perlukan melakukan penyelenggaraan (maintenance) untuk menjamin keberkesanan sistem.
  • Rangkaian tidak berfunggi jika berlaku kerosakan pada pelayan.
     ii)  Pengguna-pengguna sebaya (Peer to peer)






  • Sistem ini tidak melibatkan komputer palayan. 
  • Ia membenarkan perkongsian alat dan fail. 
  • Setiap komputer dapat mengirim, menerima dan memproses fail data kerana setiap komputer mempunyai potensi yang sama.  
      * KELEBIHAN *
  • Kosnya rendah, tidak perlu pelayan.
  • Guna Sistem Operasi yang sedia ada (Windows 95/98), hanya perlu configurasi untuk peer to peer.
  • Sesuai untuk organisasi yang kecil.
     * KELEMAHAN *
  • Tiada pengurusan pusat untuk fail dan perisian applikasi.
  • Keselamatan data tidak sebaik sistem client-server.
  • Lambat berbanding dengan sistem client-server.


   3. MAN




  • Merupakan rangkaian kawasan metropolitan.
  • Meliputi kawasan geografi yang agak luas berbanding LAN.
    Contoh:
    • gabunganbeberapa buah sekolah, bandar, negeri atau daerah tertentu.
  • Menjalankan suatu perhubungan rangkaian yang sederhana besar.
  • Maklumat dapat disebarkan dengan meluas, cepat dan berkesan.
  • Fungsi :
    • menghubungkan semua pusat media kepada komputer kerangka utama yang terletak pada sesuatu tempat dengan menggunakan talian telefon, kabel koaksial, wireles.
     
   4. WAN




  • Merupakan rangkaian kawasan luas.
  • Menghubungkan kawasan yang lebih luas.
  • Contohnya:
    • menghubungkan Malaysia dengan serata dunia.
  • Rumit dan kompleks kerana memerlukan pelbagai perkakasan dan perisian sebelum membolehkan rangkaian setempat dan metropolitan berhubung dengan komunikasi secara global dan antarabangsa seperti internet.

Sunday, 8 April 2012

Teknologi & Topologi

Maksud Topologi:
  • Merujuk kepada cara bagaimana sesebuah kabel dihubungkan kepada terminal komputer seseorang individu pada rangkaian.
Ciri - ciri Topologi:
  1. Topologi Fizikal
    - paparan sebenar alat-alat yang disambungkan kepada rangkaian termasuk tempat dan pemasangan
       kabel.
  2. Topologi Logikal
    - Merujuk kepada cara bagaimana ia beroperasi (memindahkan data) sebagaimana ia bertentangan
       dengan paparan tersebut.
Jenis-Jenis Topologi:
  1.  LINEAR BUS



 
  • Asas, mudah & murah
  • Semua nod dihubungkan terus kepada satu sambungan (link) 
  • Membolehkan setiap alat perangkaian melihat semua isyarat dari alat-alat yang lain.
  • Menggunakan wayar coaxial
  • Biasanya digunakan di pejabat, kediaman & institusi pendidikan yang kecil dan jumlah pengguna sedikit
  • Hujung kabel ditutup dengan terminator
     * KELEBIHAN*
  •  Murah
  • Senang untuk menambah stesen
  • Kurang menggunakan kabel berbanding topologi yang lain
  • Berfungsi dengan baik untuk rangkaian yang kecil
     *KEKURANGAN*
  •  Sebarang masalah pada mana-mana nod pada rangkaian tersebut berupaya menjadikan keseluruhan rangkaian tersebut gagal berfungsi.
  • permula atau penutup diperlukan pada kedua-dua penghujung tulang belakang kabel tersebut.
  • Sukar untuk menangani masalah.
  • Berkongsi kabel yang sama menyebabkan tahap respon amat rendah.


     2. STAR








  • Digunakan di dalam persekitaran rangkaian yang berasaskan kepada penggunaan komputer para pelanggan (client-server).
  • Penggunaan rangkaian yang serius dalam sektor industri khususnya syarikat multi nasional, pusat pengajian tinggi awam & sektor perubatan.
  • Menggunakan perkakasan yang dikenali sebagai hub.
  • Data yang masuk ke hub akan dibroadcast ke semua nod.
  • Pusat topologi ialah ‘Hub’.
  • Segmen-segmen bertemu di ‘Hub’.
  • Setiap alat memerlukan kabel tersendiri untuk dihubungkan ke ‘Hub’.
  • Jenis topologi yang lebih banyak.
  • Senang untuk dikekalkan dan dikembangkan.
     *KELEBIHAN*
  • Mudah untuk menambah stesen baru.
  • Senang untuk dikawal dan masalah mudah diatasi.
  • Dapat menampung ‘wiring’ yang berlainan.
  • Kegagalan sebuah kabel tidak mempengaruhi rangkaian yang lain (katahanan).
  • Hub menyediakan pengurusan berpusat.
  • Mudah ditingkatkan kepada kelajuan yang lebih cepat.
  • Banyak sokongan sebagaimana ia banyak digunakan.
     *KEKURANGAN*
  • Kegagalan hub akan melumpuhkan keseluruhan sambungan stesen.
  • Banyak kabel yang diperlukan.
  • Kos adalah lebih tinggi (pemasangan & keperluan) berbanding kebanyakkan perangkaian bas (bus).
  •  Jumlah terminal terbatas - bergantung kepada hub.

3. RING



 


  • Semua nod dihubungkan kepada dua komputer yang bersebelahan dengannya untuk membentuk satu rangkaian berbentuk bulatan tertutup. 
  • Semua alat dipasang terus kepada alat yang lain (daisy-chain).
  • Data yang dihantar dari satu nod ke nod yang lain perlu melalui nod-nod yang sebelumnya.
  • Tidak ada permulaan dan penutup.
  • Semua alat boleh mengakses secara sama rata.
  • ‘Single Ring’–data berpindah dalam satu hala sahaja.
  • Setiap alat harus menunggu giliran untukdisiarkan.
  • Jenis yang biasa ialah ‘Token Ring’ (IEEE 802.5).
      *KELEBIHAN*
  •  Data berpindah pada kelajuan yang tinggi.
  • Tiada pelanggaran.
  • Lebih mudah untuk mengenal pasti kesilapan.
  • Tidak memerlukan penamat.
      *KEKURANGAN*
  • Memerlukan lebih banyak kabel berbanding topologi bas (bus).
  • Satu kerosakan pada sambungan akan menyebabkan keseluruhan sambungan terganggu.
  • Tidak biasa digunakan berbanding topologi bas (bus) – tidak terdapat banyak peralatan.
  • Menambah atau mengurangkan nod akan mengacau jaringan.

4. TREE


  • Menggabungkan antara satu jenis topologi dengan jenis topologi yang lain.
  • Contoh : Topologi Star + Topologi Bus.   
  • Terdapat beberapa tingkatan simpul (node). 
  • Pusat atau simpul yang lebih tinggi tingkatannya, boleh menetapkan simpul lain yang lebih rendah tingkatannya.  
  • Data yang dihantar perlu melalui simpul pusat terlebih dahulu. 
      *KELEBIHAN*
  • Mudah membentuk satu-satu kumpulan.
      *KEKURANGAN*
  • Sekiranya sambungan di laluan utama mengalami kegagalan untuk berfungsi, keseluruan nod-nod juga tidak aka dapat berfungsi.
  • Data yang dihantar perlu melalui simpul pusat terlebih dahulu.

5. MESH





  • Tidak biasa digunakan menerusi LAN.
  • Biasa digunakan dalam WAN untuk penghubung LAN.
  • Setiap nod dihubungkan kepada nod-nod yang lain.
  • Membolehkan komunikasi terus berlangsung walaupun terdapat kesilapan diantara penghubung.
  • Ia adalah “Fault Tolerant”.
      *KELEBIHAN*
  • Menggalakkan "Fault Tolerant"
      *KEKURANGAN*
  • Mahal.
  • Sukar untuk dipasang.
  • Sukar untuk diuruskan.
  • Sukar untuk mengenalpasti masalah.


6. FDDI


  • standard komunikasi data dengan menggunakan fiber optic pada LAN.
  • Panjang sehingga 200 km.
  • Berasaskan pada protokol Token Ring. 
  • Terdiri dari dua Token Ring, salah satu ring-nya berfungsi sebagai ring backup sekiranya ada ring dari dua ring tersebut yang putus atau menghadapi kegagalan dalam bekerja. 
  • Mempunyai kelajuan 100 Mbps.
      *KELEBIHAN*
  • Keajuan yang tinggi
  • Sekiranya salah satu ring mengalami masalah, rangkaian masih dapat berjalan seperti biasa.