Sunday, 15 April 2012

Penghantaran Data

# JENIS #


     1. ANALOG


  • Penghantaran Analog menghantar data dalam bentuk gelombang elektrikal yang berterusan.
  • Data yang melalui talian telefon adalah dalam bentuk gelombang bunyi.
  • Oleh sebab itu, talian telefon yang menghantar talian analog digunakan dengan meluas dalam sistem komunikasi data sedangkan komputer mengendalikan data digital, penukaran data digital ke analog dan analog ke digital perlu dilakukan.
  • Penukaran ini dilakukan dengan menggunakan modem. 
  •  Modem adalah alat yang berfungsi untuk menukar isyarat digital ke analog dan sebaliknya. 
Gambar rajah dibawah menunjukkan tentang Perkakasan Dalam    
                                    Perhubungan Data:


     2. DIGITAL


  • Penghantaran digital menghantar data dalam bentuk denyutan elektrikal yang berbeza iaitu sama ada on atau off. 
  • Komputer mengendalikan data digital yang diwakili oleh digit binari 0 dan 1.
  • Lebih baik daripada analog kerana:
    • lebih mudah mengenali bit 1 & bit 0
    • tidak mengumpulkan ‘noise’ seperti analog
    • Data digital lebih sesuai untuk komunikasi komputer kerana data tidak perlu di ‘modulate’
    • Dapat menggunakan kabel yang sama untuk membawa perbagai jenis data, seprti teks, suara & video kerana semuanya berbentuk bit.
    • Kos yang semakin murah dengan adanya chip-chip yang begitu tinggi kemampuannya.
    3. BROADBAND / JALUR LEBAR
  • Medium yang menyambungkan komunikasi berkeupayaan tinggi
  • Laju
  • Semakin tinggi bandwidth, semakin laju maklumat dapat dihantar

# TEKNIK PENGHANTARAN DATA DALAM DIGITAL #

    1. SERIES TRANSMISSION


  • n-bit data dihantar secara berjujukan.
  • Memerlukan satu talian sahaja
  • Lambat
  • Untuk jarak yang jauh
  • Lebih popular kerana banyak peranti
  • Komputer tidak boleh mengendalikan data yang dihantar secara selari.
  • Memerlukan penukar selari ke siri (Multiplexer) untuk data keluar.
  • Memerlukan penukar siri ke selari (Demultiplexer) untuk data masuk.

     2. PARALLEL TRANSMISSION



  • n-bit data dihantar secara serentak
  • Memerlukan banyak talian
  • Lebih laju
  • Sesuai untuk jarak yang dekat
 # MOD PENGHANTARAN DATA #
  • MOD : pergerakan data antara dua titik
  • Tiga jenis mod penghantaran dalam komunikasi data adalah:
    • simpleks
    • half dupleks
    • full dupleks
       i. SIMPLEKS (SIMPLEX) 
  • Maklumat dihantar dalam satu hala sahaja. 
  • Contoh; penyiaran radio dan TV.
      ii. DUPLEKS SEPARUH (HALF DUPLEX)
  • Maklumat dihantar secara dua hala tetapi tidak pada masa yang sama.
  • Contoh: walkie-talkie



      iii. DUPLEKS PENUH (FULL DUPLEX)
  • Maklumat dihantar secara dua hala serentak pada masa yang sama.
  • Contoh: telefon

No comments:

Post a Comment