Saturday, 14 April 2012

Computer Network

RANGKAIAN KOMPUTER menghubungkan natara satu komputer dengan komputer-komputer ataupun devices yang lain untuk membolehkan mereka berkomunikasi antara satu sama lain.

Sebagai contonya dari segi:
  • Perisian komputer
  • Penghantaran data
  • Perisian komunikasi
  • Software




# JENIS RANGKAIAN #


     1. PAN
  • Merupakan rangkaian pribadi
  • Contohnya ialah dengan menyambungkan komputer dengan printer, tetikus dan sebagainya
   
     2. LAN
  • Merupakan rangkaian kawasan setempat.
  • Kawasan rangkaian yang terhad pada batasan geografi seperti;        
    • makmal.
    • sekolah / bangunan.
  • Rangkaian LAN terbahagi kepada dua jenis iaitu;


      i)  Pengguna dan pelayan (Client-server)






  • Terdiri daripada sebuah komputer pelayan (Server) untuk melayan komputer lain yang bertindak sebagai pengguna (Client).
  • Komputer pelayan akan menjalankan pengurusan pusat(Centralized) untuk melayan pengguna-pengguna dari segi perkongsian perisian aplikasi, data, pencetak dll. 
  • Pelayan biasanya berkuasa tinggi. 
  • Jenis-jenis palayan:
    • Pelayan fail (Fail server)- Menyimpan perisian dan data.
    • Pelayan data (Database server)- Menyimpan data sahaja.
    • Pelayan cetak (Print server)- Mengawal satu atau lebih pencetak.
    • Pelayan fax (Fax server)- Menguruskan penghataran fax.
    • Pelayan mel (Mail server)- Menguruskan e-mail.
  • Biasanya pelayan ini tidak memproses atau mengubah data yang dikirim. 
  • Pelayan tidak perlu tahu jenis fail, sebaliknya ia sibuk menjawab permintaan dari komputer pengguna atas fail yang disimpamnya.
      * KELEBIHAN *
  • Keselamatan sumber dan data dikawal oleh pelayan.
  • Semua komponen( client/ network/ server) kerja serentak.
  • Perkongsian data dan perisian aplikasi boleh di lakukan.
     * KELEMAHAN *
  • Perbelanjaan yang lebih mahal untuk sebuah komputer pelayan.
  • Perlukan melakukan penyelenggaraan (maintenance) untuk menjamin keberkesanan sistem.
  • Rangkaian tidak berfunggi jika berlaku kerosakan pada pelayan.
     ii)  Pengguna-pengguna sebaya (Peer to peer)






  • Sistem ini tidak melibatkan komputer palayan. 
  • Ia membenarkan perkongsian alat dan fail. 
  • Setiap komputer dapat mengirim, menerima dan memproses fail data kerana setiap komputer mempunyai potensi yang sama.  
      * KELEBIHAN *
  • Kosnya rendah, tidak perlu pelayan.
  • Guna Sistem Operasi yang sedia ada (Windows 95/98), hanya perlu configurasi untuk peer to peer.
  • Sesuai untuk organisasi yang kecil.
     * KELEMAHAN *
  • Tiada pengurusan pusat untuk fail dan perisian applikasi.
  • Keselamatan data tidak sebaik sistem client-server.
  • Lambat berbanding dengan sistem client-server.


   3. MAN




  • Merupakan rangkaian kawasan metropolitan.
  • Meliputi kawasan geografi yang agak luas berbanding LAN.
    Contoh:
    • gabunganbeberapa buah sekolah, bandar, negeri atau daerah tertentu.
  • Menjalankan suatu perhubungan rangkaian yang sederhana besar.
  • Maklumat dapat disebarkan dengan meluas, cepat dan berkesan.
  • Fungsi :
    • menghubungkan semua pusat media kepada komputer kerangka utama yang terletak pada sesuatu tempat dengan menggunakan talian telefon, kabel koaksial, wireles.
     
   4. WAN




  • Merupakan rangkaian kawasan luas.
  • Menghubungkan kawasan yang lebih luas.
  • Contohnya:
    • menghubungkan Malaysia dengan serata dunia.
  • Rumit dan kompleks kerana memerlukan pelbagai perkakasan dan perisian sebelum membolehkan rangkaian setempat dan metropolitan berhubung dengan komunikasi secara global dan antarabangsa seperti internet.

No comments:

Post a Comment