Tuesday, 12 June 2012

Web 2.0


DEFINISI

Web 2.0 menawarkan komunikasi yang bersifat dua arah. Maksud dari sistem komunikasi dua arah adalah pemilik memberikan informasi, kemudian pengunjung bisa meninggalkan/menambahkan sesuatu di dalamnya. dengan katalain kita sebut web 2.0 sebagai web read-write.
Web 2.0 mempunyai beberapa ciri khusus dan istimewa yang membezakandengan aplikasi-aplikasi Internet terdahulu yang didakwa sebagai aplikasi Web 1.0.Antaranya adalah perbezaan di antara laman web terdahulu yang statik dengan ciri-ciri blog yang lebih terbuka serta mengajak penyertaan dan masukan pengguna.Begitu juga dengan Britannica Online dan Wikipedia di mana kedua-duanyaadalah ensiklopedia tetapi Britannica mempunyai kawalan editorial ketat dan berbayar, manakala Wikipedia mempunyai sistem editorial terbuka tetapi percuma.

CIRI-CIRI
  • Interaktif
    • Penggunaan medium yang lebih meluas seperti video, suara, imejdan foto,perbincangan berbentuk forum, blog dan sebagainya merupakan ciri-ciriinteraktif yang wujud dalam Web 2.0
  • Jaringan sosial
    • Jaringan sosial bermaksud pembinaan komuniti maya yangmenggunakan platform web dan portal bagi merealisasikan tujuantersebut.
  • Perkongsian maklumat secara percumaOnline encyclopedia!
    • Tidak pernahterlintas di dalam minda kita 5 tahun sebelum ini, kita bakal menikmati pencariandan perkongsian maklumat dan pengetahuan secara percuma dan tanpa batasan.
  • Bernilai komersil
    • boleh menjalankan bisnes di internet.
  • FunctionalityPelajar
    • inginkan sesuatu yang dapat menyokong teori pembelajaran mereka dengan melihat kepada fungsi serta aplikasi teori tersebut.
  • RSS reader pada web site atau blog
    • Boleh memberi instant maklumat kepada pengunjung bila sesebuah laman web di kemaskini.

 KELEMAHAN WEB 2.0

  • Namun, ada sejumlah kelemahan kepada Web 2.0 juga. Malangnya,maklumat ini jarang dibahas di media. Terlalu banyak orang mendorong manfaatWeb 2.0 tanpa meluangkan masa untuk mendidik masyarakat tentang masalah-masalah. Salah satu masalah utama dengan Web 2.0 adalah pergantungan. Contoh yang baik mengenai apa yang berlaku ketika anda menjadi sangat bergantung padaInternet. Jika Sambungan internet anda rosak, bagaimana anda mengakses maklumat bahawa anda datang untuk bergantung pada? Karena banyak  perkhidmatan web akan ditawarkan secara percuma, mereka tidak akan aman, danmereka boleh dengan mudah menjadi target oleh hacker.

   
CONTOH PENGGUNAAN USER PADA WEB 2.0
 
  • Youtube.com
    • Internet user dengan mudah mengurus halaman web videonya tanpa harusmengeluarkan kos untuk membeli hosting yang biasanya boleh menampung puluhan bahkan ratusan file video yang cukup besar kapasitinya
  • Friendster.com
    • Sebuah social networking yang t menjadi site paling popular di dunia. Konsepsederhana dari friendster untuk menyediakan tempat bagi pengguna internet untuk saling berinteraksi dan berkenalan di dunia maya ternyata di sambut baik oleh pengguna internet.
  • Wordpress.org
    • Wordpress muncul di tengah ramainya perkembangan web 2.0. Dengan CMS yangsangat canggih namunmudah untuk digun, menjadikan wordpress menjadi salah satu penyedia layananContent Management System yang terbaik hingga saat ini.

PERBEZAAN WEB 1.0 & 2.0



  •  Web 1.0
    • Pengguna komputer => melayari website => baca/lihat => tinggalkan website =>tutup browser.
  • Web 2.0
    • Pengguna komputer => lihat RSS Reader => melayari website => baca/lihat =>meletakkan komen / tulis posting / edit kandungan / upload photo => lihat / bacakomen rakan lain => balas komen/posting rakan-rakan => tinggalkan website =>tutup browser.

Network Security



DEFINISI

Keselamatan rangkaian membawa maksud kepada keutuhan dan kawalan keselamatan sesebuah rangkaian dalam melindungi rangkaiannya daripada sebarang bentuk pencerobohan rangkaian yang dilakukan oleh mereka-mereka yang dikenali sebagai “hackers” atau penggodam. Selain itu, dalam prospek keselamatan rangkaian juga, sesebuah rangkaian itu juga seharusnya mampu mengesan sebarang ralat dalam rangkaian dan mampu memperbaiki ralat tersebut agar proses atau objektif rangkaian tersebut sentiasa dapat dijalankan dengan jayanya. Keselamatan rangkaian merupakan satu perkara yang penting dalam sesebuah pengurusan rangkaian kerana tanpa kawalan keselamatan rangkaian yang kukuh pada sesebuah rangkaian akan menyebabkan rangkaian itu mudah untuk dicerobohi sekaligus mampu menyebabkan data-data atau maklumat dalam rangkaian diubah, dibuang dan sebagainya. Ini juga sekaligus akan menyebabkan rangkaian itu lumpuh dan tidak mampu beroperasi dengan sempurna malahan tidak mendapat kepercayaan daripada orang ramai.

PUNCA

  • Terdapat banyak punca-punca pencerobohan di dalam sesebuah rangkaian dan adakalanya sesebuah pencerobohan itu adalah berbentuk peribadi dan ada juga dengan tujuan suka-suka. Namun disini diberikan 4 punca-punca pencerobohan dilakukan :

    • Saingan rangkaian
      • Sesebuah rangkaian itu dicerobohi oleh saingan rangkaian tersebut dalam memastikan rangkaian yang dicerobohi itu lumpuh sekaligus memastikan rangkaiannya terus unggul di atas. Ini adalah bentuk persaingan yang tidak sihat kerana tidak berani menghadapi saingannya secara bersih.
    • Menunjuk kehebatan 
      • Biasanya sesetengah “hackers” atau penggodam ini terdiri daripada individu-individu atau satu kumpulan yang memiliki pengetahuan yang mendalam mengenai komputer serta rangkaian namun tidak mempunyai sebarang sijil atau bukti untuk menunjukkan kehebatan mereka dalam komputer memandangkan ilmu pengetahuan tentang tentang cara-cara menceroboh sesebuah rangkaian, laman web ataupun komputer orang lain tidak diajar secara formal tetapi melalui inisiatif sendiri iaitu belajar sendiri atau mendapat tutorial dari orang yang pakar atau melalui pembacaan di internet mengenai kaedah-kaedah pencerobohan. 
      • Contoh (www.hackersparadize.cjb.net). Dengan niat yang terpesong, mereka menceroboh sesebuah rangkaian dan mengubah susunan-susnanan maklumat bahkan membuang maklumat-maklumat yang tersimpan di dalam rangkaian serta meninggalkan jejak mereka seperti tanda tangan ataupun nota ringkas bagi menunjukkan mereka sudah berjaya menceroboh rangkaian tersebut.
    • Penganiayaan@pembasmi jenayah
      • Dalam sesetengah-sesetengah kes, motif pencerobohan adalah berbentuk penganiayaan dimana individu atau kumpulan penggodam ini iri hati dan tidak suka melihat sesebuah rangkaian itu maju dan sentiasa mendapat respons yang baik daripada pengguna. Dengan menceroboh dan melumpuhkan rangkaian ini, mereka akan merasa puas hati kerana dengan lumpuhnya rangkaian tersebut, bermakna operasinya akan ditangguhkan untuk sementara waktu dan kadangkala sehingga tidak dapat beroperasi langsung kerana kehilangan segala sumber maklumat didalam rangkaian mereka. Contohnya, pencerobohan server Yahoo.com yang menyebabkan operasi mereka terganggu selama 3 hari. Namun demikian, ada juga pencerobohan dilakukan oleh pihak persendirian bagi melumpuhkan operasi rangkaian yang menyediakan perkhidmatan atau maklumat yang tidak bermoral seperti aktiviti lucah dan ganas yang mampu merosakkan akidah orang ramai. 
    • Ingin mencuba
      • Di era internet ini, pencerobohan semakin mudah dilakukan dengan bantuan program-program khas yang boleh didapati secara percuma melalui internet. Ini sekaligus membawa kepada sifat ingin mencuba dan berdasarkan bilangan program-program atau “tools” pencerobohan yang begitu banyak sekali boleh didapati di internet, sudah pasti ada satu yang akan membuahkan hasil

JENIS-JENIS PENCEROBOHAN

  • 3 jenis pencerobohan yang sering dilakukan oleh para penggodam ini iaitu :
    • Pencerobohan kata laluan : Setiap kakitangan didalam setiap rangkaian akan dibekalkan dengan kata laluan bagi membolehkan mereka memasuki rangkaian tersebut samada dari tempat kerja ataupun melalui komputer luar. Hanya mereka-mereka yang memiliki kata laluan yang tepat saja akan mendapat akses bagi memasuki dan mengendalikan data serta maklumat didalam rangkaian itu. Namun penceroboh telah mengenalpasti kaedah yang sesuai bagi mengatasi halangan kata laluan ini dengan menggunakan beberapa kaedah iaitu pertama, menggunakan program atau “tools” seperti Code Buster dan Brute Force. Program ini dicipta untuk mencipta seberapa banyak kata laluan hasil gabungan setiap aksara serta nombor melalui aturcara khasnya. Program ini akan terus mencipta kata laluan dan mencubanya pada rangkaian itu sehingga kata laluan yang dihasilkan diterima oleh rangkaian. Proses ini boleh mengambil masa dari sejam sehinggalah berminggu-minggu lamanya namun sekiranya berjaya, ianya cukup berbaloi.
    • Penghantaran mesej-mesej ralat : Ini biasanya dilakukan oleh penceroboh yang berkemahiran tinggi dalam pengaturcaraan rangkaian. Penceroboh akan menghantarkan mesej-mesej ralat kepada sistem rangkaian yang ingin dicerobohinya dimana secara teorinya penghantaran mesej-mesej ralat ini akan menyebabkan sistem rangkaian menjadi keliru akan kemasukan-kemasukan mesej  ralat ini dan akan menyebabkan sistem kawalannya lemah dan membolehkan penceroboh memasuki rangkaian itu walaupun memberikan kata laluan yang salah.
    •  Penghantaran fail berserta trojan : Ini adalah satu bentuk pencerobohan dari luar atau dengan kata lain, pengintipan. Penceroboh akan menghantar fail yang diselitkan bersama sebuah trojan atau “bugs” yang melakukan tugas pengintipan serta menghantar segala rekod operasi rangkaian itu kepada penghantar fail tadi. Dengan ini, segala maklumat yang ada didalam rangkaian samada maklumat rahsia atau umum akan diketahui oleh penghantar fail ini. Pengintipan akan berterusan sehinggalah sistem rangkaian itu mampu mengesan kehadiran trojan tersembunyi ini.

PENDEKATAN KAWALAN

  • Menyedari akan masalah pencerobohan yang semakin berleluasa ditambah dengan program-program pencerobohan yang semakin mudah didapati melalui internet, pihak-pihak rangkaian ini tidak mempunyai cara lain selain daripada memperbaharui pendekatan kawalan mereka memandangkan pendekatan lama yang digunakan sudah tidak mampu digunakan lagi bagi membendung aktiviti-aktiviti pencerobohan ini. Antara pendekatan-pendekatan baru yang telah diperkenalkan ialah :

    • Kata laluan dengan ciri-ciri keselamatan baru : Pihak rangkaian yang menyedari tentang penggunaan program-program pencerobohan seperti Brute Force dan Code Buster ini telah mengenalpasti satu alternatif iaitu dengan kemasukan kata laluan yang hanya akan memberikan 3 peluang sekiranya pengguna salah memasukkan kata laluan. Sekiranya pengguna tersalah memasukkan kata laluannya sebanyak 3 kali, maka keahliannya akan digantung buat sementara waktu oleh sistem rangkaian. Dengan ini, sekiranya ada penceroboh yang ingin memasuki rangkaian dengan mencuba seberapa banyak kata laluan pastinya mempunyai peluang yang tipis kerana protokal kata laluan yang ketat ini.
    • Firewall : Dalam penggunaan firewall ini, sistem rangkaian akan mengkonfigurasikan firewall ini supaya menerima kemasukan data-data yang telah ditetapkan saja, oleh itu masalah kemasukan trojan yang diselitkan bersama fail biasa tidak akan berlaku kerana firewall secara langsung akan menolak kemasukan data tersebut sekiranya ia mengesan trojan tersebut. Sistem firewall terdiri daripada penapisan paket dan aplikasi proxy. Penapisan paket mempunyai mekanisma kawalan capaian untuk trafik rangkaian manakala aplikasi proxy pula menyediakan mekanisma yang serupa tetapi dengan polisi keselamatan yang lebih ketat. Pengurus firewall adalah antaramuka yang memudahkan pengurusan dan pengkonfigurasian sistem firewall. Ia dapat menolong pentadbir sistem dalam mengkonfigurasikan sistem, menbina polisi dan menganalisa laporan. Sistem pengesahan satu masa memerlukan katalaluan baru setiap kali pengguna memasuki sistem. Pengguna yang sah boleh mengesahkan diri mereka dengan menggunakan OTP tanpa perlu merasa bimbang katalaluan tersebut digunakan oleh penceroboh untuk memasuki sistem.
    • Pengengkripan : Satu teknik yang digunakan untuk menukar data yang dihantar ke bentuk rahsia dan menukar semula ke bentuk asal apabila di terima oleh penerima. Pengengkripan ini boleh dilakukan oleh hos komputer, FEP atau peranti khas pengengkripan seperti yang biasa digunakan iaitu Encryptor.
    • Close User Group : Penubuhan Close User Group ini adalah dimana rangkaian menghadkan kemasukan pengguna didalam rangkaiannya. Oleh itu, hanya kumpulan-kumpulan yang telah ditubuhkan mampu memasuki rangkaian dan berkomunikasi secara berkumpulan. Dengan ini, penceroboh yang cuba memasuki rangkaian ini memang mempunyai peluang yang tipis kerana pengggunaan kata laluan yang ketat disamping penetapan ip yang boleh memasuki rangkaian tersebut. Sekiranya penceroboh berjaya menggunakan kata laluan yang betul sekalipun, ip yang berbeza akan menyebabkan rangkaian menolak kemasukan penceroboh ini.

Html


MAKSUD HTML
  • HTML merupakan singkatan dari HyperText MarkUp Language. HTML dapat dibuat pada sembarang editor, meski ada software-software khusus yang dimaksudkan untuk memudahkan pekerjaan. Adapun editor-editor yang dimaksud adalah NotePad, WordPad, MS Word, Excel dan lain-lain.
  • Pembuatan teks HTML hampir sama dengan pembuatan teks-teks lainnya seperti pada MS Word. Pemberian format pada suatu teks dalam sebuah dokumen akan bisa langsung terlihat hasilnya. Contohnya, jika Anda ingin membuat sebuah dokumen pada MS Word dan memformatnya sehingga salah satu kata/kalimat ingin diberikan format huruf tebal (Bold), miring (Italic), atau Garis bawah pada teks (UnderLine), maka hasilnya segera dapat dilihat pada dokumen tersebut. Berbeda dengan dokumen HTML, format-format yang diberikan pada suatu teks tidak bisa dilihat langsung hasilnya, tetapi harus menggunakan program khusus, yaitu “Web Browser” atau “Browser.
  • Perbedaan yang lebih mendasar terhadap dokumen-dokumen lainnya yaitu, dokumen HTML bisa mengandung Link/hubungan kebagian lain dari sebuah dokumen atau dokumen lain dari situs Web, baik dalam server Web yang dama ataupun ke Server Web lainnya. Ciri adanya unsur link ini pada sebuah dokumen HTML, biasanya suatu teks  ditandai dengan warna biru dan garis bawah. Apabila pointer mouse diarahkan ke link tersebut, maka pointer mouse akan berubah menjadi gambar telapak tangan.
 TAG-TAG ASAS HTML

  •  Bentuk umum penulisan dokumen HTML adalah sebagai berikut : 
<HTML>
            <HEAD>
 <TITLE> Teks Judul </TITLE>
 </HEAD>
 <BODY>   Isi Dokumen
 </BODY> 
</HTML> 

  • Berikut ini adalah penjelasan kode pada bentuk umum penulisan dokumen HTML :
    • Pasangan tag <HTML> dan </HTML> menandakan bahwa kode yang terdapat di dalamnya adalah kode HTML sehingga browser akan menterjemahkan sebagai dokumen HTML. 
    • Bagian yang terdapat dalam <HTML> dan </HTML> umumnya terbagi atas kepala dan badan  
    • Bagian Kepala ditandai dengan pasangan tag <HEAD> dan </HEAD>. Pada Bagian ini, bisa ditentukan judul dokumen HTML yang dituliskan dengan pasangan <TITLE> dan </TITLE>.   
    • Bagian badan ditandai dengan <BODY> dan </BODY>. Di dalam bagian inilah dapat dituliskan teks-teks, penyisipan gambar, Link, atau pembuatan tabel.  

Email

  
  • Istilah "e-mel" (sebagai satu kata nama atau kata kerja) membawa maksud sistem e-mel internet  berasaskan Protokol Pemindahan Mel Mudah (SMTP) dan juga sistem-sistem X.400, serta sistem-sistem internet yang membolehkan para pengguna dalam satu organisasi mengirim e-mel sesama sendiri.
  • E-mel sering digunakan untuk mengirim mesej secara besar-besaran tanpa diminta yang dipanggil "spam", namun adanya program penapis untuk memadamnya, bergantung kepada situasi.

SEBAB EMAIL MENJADI PILIHAN

  • Secara amnya email digemari kerana ia adalah alat komunikasi serba boleh.  Ia mudah diguna, murah, cepat, dan reliable.  Jika ditulis dalam bentuk semiformal atau tidak formal, ia lazimnya cepat dibalas berbanding dengan surat biasa dan faks.  Bagaimanapun, pengguna perlu menyedari bahawa e-mail bukanlah satu alat komunikasi yang segerak (synchronous) seperti telefon di mana kedua pihak boleh berkomunikasi dengan serta merta sehingga matlamat mereka berkomunikasi tercapai.  Kelemahan e-mail ini perlu disedari sebelum ia diatasi.

CARA MENGHASILKAN EMAIL

  • Untuk mendapatkan perkhidmatan e-mail, anda mestilah terlebih dahulu mendapatkan akaun e-mail daripada pengurus rangkaian atau melalaui pembekal PPI anda.  Jika tempat anda bekerja sudah mempunyai sambungan ke Internet, pengurus rangkaian boleh membuka akaun e-mail untuk anda di komputer yang menjadi pelayan e-mail.  Jika tidak, anda boleh  menghubungi PPI seperti Jasing dan TMNet untuk melanggan Internet dan seterusnya mendapatkan akaun e-mail di samping kemudahan internet yang lain.

ALAMAT EMAIL

  • Alamat e-mail adalah alamat yang digunakan oleh pelayan e-mail yang mengendalikan penghantaran e-mail ke destinasinya. Ia adalah gabungan nama pengguna (nama akaun e-mail) dengan nama domain bagi pelayan e-mail di mana pengguna mendaftarkan akaun e-mailnya. Format alamat e-mail adalah seperti berikut :
    nama_pengguna@nama_domain_pelayan_ e-mail
 
KOMPONEN ASAS EMAIL



Mel elektronik mengandungi tiga komponen utama, iaitu :
  • Kepala
    • Kepala e-mail mengandungi banyak maklumat tentang e-mail yang dihantar.  Jumlah maklumat yang dimasukkan ke dalam e-mail berbeza di antara satu pelayan dengan pelayan lain.  Bagaimanapun, kepala e-mail pada asasnya mengandungi maklumat tentang tarikh, waktu dan zon waktu penghantar, alamat penerima, alamat penghantar dan subjek e-mail.  Dibawah adalah satu contoh kepala  e-mail yang hanya mengandungi beberapa maklumat asas.

      Date: Tue, 15 Oct, 1996 15:35:51 + 0800
      From: Fariza Osman >fariza@ma.mimos.my
      To: Ahmad Zaharim <ahzaha@pkrisc.cc.ukm,my>
      Subject: Vice Cancelor

      Barisan yang pertama menunjukkan tarikh, waktu dan zon waktu penghantar.  Salah satu daripada beberapa kecuaian yang sering dilakukan oleh pengguna e-mail ialah dalam penyediaan tarikh, waktu dan zon waktu yang betul.  Pastikan ia betul supaya penerima dapat mengetahui waktu sebenarnya e-mail ditulis.  Barisan yang kedua dan ketiga mengandungi maklumat tentang nama sebenar penghantar dan alamat e-mailnya serta nama sebenar penerima serta alamat e-mailnya.  Barisan yang keempat mengandungi tajuk e-mail tersebut.
  • Teks badan
  • Tandarangan

PANDUAN MENGGUNAKAN EMAIL

Panduan Am
Pengguna akan menerima e-mail yang dihantar kepadanya jika dia kerap memeriksa akaun e-mailnya. Oleh itu penghantar perlu mengetahui samada penerima adalah pengguna e-mail yang aktif atau tidak.  Berikut adalah beberapa panduan umum yang boleh digunakan oleh pengguna e-mail:
  • Pastikan alamat penerima adalah betul
    • Alamat yang sala holeh memalukan pengirim atau menimbulkan kekeliruan dan konflik jika diterima oleh orang lain.  Pastikan juga bahawa alamat penerima dieja dengan betul supaya boleh dihantar oleh pelayan e-mail dengan segera.  Jika alamat yang  ditulis tidak wujud, pelayan e-mail akan memaklumkannya kepada penghantar dan ini boleh melambatkan proses komunikasi.
  • Ketahui penerima e-mail
    • Nada penulisan seharusnya disesuaikan dengan pertalian yang wujud antara penghantar dengan penerima.  Jika penghantar tidak mengenali penerima, maka ada baiknya jika bentuk penulisan secara formal digunakan.  Cuba elakkan dari menulis sesuatu yang lucu buat permulaan.
  • Awas! Apabila menulis sesuatu yang lucu
    • Adakalanya sesuatu yang lucu bagi anda mungkin tidak lucu bagi penerima atau menyakitkan hatinya.  Ia harus dielakkan sekiranya pengguna menulis kepada seseorang yang tidak dikenali.  Adakalanya penerima yang dikenali juga mendapati sesuatu yang disangkakan lucu oleh penghantar sebagai  tidak lucu.
  • Awas! Apabila menghantar sesuatu yang sulit
    • e-mail mudah dibaca oleh pengguna lain.  Pastikan kedua-dua pihak yang lain ingin menghantar sesuatu yang sulit menggunakan program khas seperti PGP bagi mengkodkan utusan ke satu format yang tidak boleh dibaca oleh pengguna lain.


PERBANDINGAN ALAT KOMUNIKASI
 

Butiran Email Surat Telefon Faks
Kelajuan Serta-merta Beberapa Hari Serta-merta Serta-merta
Kos Murah Murah Mahal Mahal
Keselamatan Selamat Kurang selamat Selamat Selamat
Kerahsian Rendah Tinggi Tinggi Rendah
Gaya penulisan Tidak formal Formal/Tak Formal Formal/Tak Formal Formal/Tak Formal
Jawapan Tidak segera Tidak segera Segera Tidak segera
Komunikasi berkumpulan Mudah Sukar Mudah/ Sukar Mudah
Menyatakan Emosi Rendah Sederhana Tinggi Sederhana

Web Searching



MAKSUD WEB SEARCHING

  • Enjin carian ialah sebuah pangkalan data yang menyimpan pautan-pautan laman web dan kata kunci atau frasa. Apabila anda menaip kata kunci 'Malaysia' pada Google atau Yahoo! misalnya, enjin carian akan mencari kata kunci yang dimasukkan dengan kata kunci yang terdapat di dalam indeks pangkalan data. Apabila kata kunci 'Malaysia' dijumpai, maka laman web yang berkaitan dengan 'Malaysia' akan dipaparkan kepada anda.
  • Walau bagaimanapun, tidak semua enjin carian adalah sama. Sesetengah enjin carian akan mengindeks nama tajuk halaman sahaja, sesetengah enjin carian pula hanya akan mengindeks kandungan sahaja.
  • Umumnya, servis carian internet boleh dikategorikan kepada dua: direktori dan enjin pencari. Ramai yang keliru dengan kedua-dua terma ini, sehingga ada yang merujuk Yahoo! sebagai sebuah enjin pencari. Sebenarnya Yahoo! ialah sebuah direktori, bukan enjin pencari.
  • Kekeliruan ini berlaku mungkin disebabkan penggunaan butang 'search' yang disediakan kepada pengguna. Ini boleh disalah ertikan oleh pengguna yang akan mengganggap servis yang digunakan adalah sebuah enjin pencari.
  • Apa yang membezakan antara enjin pencari dengan direktori ialah, pangkalan data bagi direktori mengandungi senarai alamat web yang dimasukkan oleh manusia manakala pangkalan data bagi enjin pencari pula dikompil melalui perisian robot yang dipanggil 'spiders'. Spiders digunakan untuk mengumpul maklumat yang terdapat di dalam sesebuah laman web.

CARA BERFUNGSI

  • Apabila program spider masuk ke dalam sesebuah laman web, ia akan melakukan satu proses yang dipanggil sebagai crawling atau spidering. Dalam proses ini spider akan mengumpul semua perkataan dan frasa yang terdapat di dalam laman web tersebut dimana perkataan-perkataan ini akan diindekskan ke dalam pangkalan data. Kaedah ini juga dikenali sebagai indexing. 

CONTOH WEB SEARCHING

  • http:/www.altavita.com/
  • http:/www.hotbot.com/
  • http:/www.infoseek.com/
  • http:/www.lycos.com/
  • http:/www.mckinly.com/
  • http:/www.catcha.com.my/
  • http:/www.cari.com/
  • http:/mylisting.com/
  • http:/newmalaysia.com/
  • http:/www.yahoo.com/
  • http:/www.msn.com/















Monday, 11 June 2012

Wireless

Rangkaian tanpa wayar adalah salah satu cara untuk menyambungkan komputer-komputer dalam sebuah rangkaian. la membina sebuah rangkaian dengan menghantar isyarat frekuensi radio di antara komputer-komputer untuk berkongsi maklumat.

Rangkaian tanpa wayar adalah serupa dengan rangkaian berwayar tetapi satu perbezaan nyata ialah rangkaian tanpa wayar boleh dicapai dalam ruang litup tertentu tanpa sebarang lokasi tetap. Dengan itu pengguna dapat bergerak bebas dan duduk dimana sahaja tanpa sebarang masalah (jika berada di dalam ruang capaian frekuensinya).

Dua jenis topologi rangkaian tanpa wayar iaitu:
  • peet-to-peer
    • Rangkaian akan berhubung dengan setiap komputer yang ada dalam rangkaian dengan lebih mudah dan secara langsung. Manakala bagi rangkaian tanpa wayar
  • client-server
    • Terdapat titik capaian (access point) untuk membolehkan komputer notebook menerima dan menghantar data menerusi titik ini menghantar kepada semua komputer yang dicapai oleh rangkaian.
KELEBIHAN

  • Teknologi ini adalah mengurangkan penggunaan kabel, yang memerlukan ruang untuk menghubung antara satu peranti dengan peranti ynag lain, dan juga merumitkan untuk menghubungkan lebih dari 2 piranti bersambung. 
  • Misalnya: untuk menghubungkan sebuah 1 komputer server dengan 100 komputer pengguna, maka memerlukan 100 buah kabel, dengan jarak panjang yang bersesuaian dengan jarak komputer pengguna dengan server. 
  • Jika kabel-kabel ini tidak ditutupi (seperti cable tray atau conduit), hal ini dapat mengganggu pemandangan mata atau mencacatkan pemandangan suatu bangunan. 
  • Tetapi jika menggunakan wireless maka dapat menjimatkan ruang dan pemandangan dalam sesebuah banggunan lebih teratur dan selesa. 

Terdapat empat jenis rangkaian tanpa wayar yang mana ia dibahagikan menurut kelajuan capaian rangkaian dan kos untuk mengimplimentasinya. 


  • Bluetooth
    • Teknologi ini tidak digunakan secara meluas lagi dan ia tidak mampu mengantikan rangkaian berkelajuan tinggi di antara komputer. la berspesifikasi untuk menggunakan radio berkuasa rendah untuk menghubungkan telefon dan komputer dalam jarak yang pendek tanpa wayar. Topologi Bluetooth dikenali sebagai piconet atau PAN (personal area network). Piconet mengendungi sekurang-kurangnya dua hingga maksimum lapan peranti Bluetooth dalam rangkaiannya. Bluetooth mempunyai jarak maksima 10 meter (30 kaki) dan kelajuan ia berkomunikasi tidak sampai 1 Mbps. la menggunakan isyarat radio dalam jarak 2.4 Ghz atau yang sama dengan 802.11b.
  • IrDA
    • IrDA (Inframerah) adalah sebuah piawai untuk perhubungan peranti dengan menggunakan cahaya inframerah. Cara inilah alat kawalan jauh berfungsi dan ia bergerak dengan kelajuan 4Mbps di samping bergerak dalam aliran yang lurus.
  • SWAP
    • HomeRF (RF atau Radio Frequency) telah mengujudkan sebuah standard yang dipanggil Shared Wireless Access Protocol atau SWAP. SWAP mempunyai enam saluran suara berdasarkan kepada standard Digital Enhanced Cordless Telecommunications (DECT) dan spesifikasi tanpa wayar Ethernet 802.11 untuk data. Peranti SWAP melakukan 50 loncatan sesaat dan memancar pada 1 Mbps. Keberkesanan bergantung kepada pengeluar dan jumlah gangguan yang ada di kawasan yang digunakan.
    • Kelebihan SWAP:
      • Murah
      • Mudah dipasang
      • Tiada wayar tambahan diperlukan
      • Tiada titik capaian
      • Terdapat enam saluran dupleks penuh (full duplex) dan satu saluran data
      • Menyokong sehingga 127 peranti setiap rangkaian
      • Menyokong lebih daripada satu rangkaian
      • Menyokong enkripsi untuk keselamatan data
    • Kelemahan SWAP:
      • Kurang laju (biasanya 1 Mbps)
      • Jarak terhad (20 hingga 40 meter)
      • Boleh menganggu dengan peranti komunikasi 
      • Kurang serasi dengan rangkaian berwayar semasa
      • Penerima tanpa wayar yang digunakan untuk rangkaian SWAP adalah kad ISA, PCI atau PCMCIA yang mempunyai antena. Rangkaian SWAP adalah jenis rangkaian peer-to-peer di mana ja memudahkan capaian kepada rangkajan tetapi mempunyai jumlah gangguan yang ketara.
  • Wi-Fi

    • Wireless Ethernet Compatibility Alliance (WECA) telah mengemukakan Wi-Fi (wireless fidelity) sebagai alternatif kepada SWAP. la serasi dengan variasi IEEE 802.11 yang juga dikenali selbagai IEEE 802.11b. Dengan keserasian kepada 802.11b, perantinya mampu berkomunikasi pada kelajuan 11 Mbps. Walaupun capaian maksimanya ialah 11 Mbps tetapi ia tidak tetap dan boleh menurun sehingga 1 Mbps. Namun ia tetap stabil dan mampu memberilkan sokongan yang baik kepada rangkaian.
    • Kelebihan WI-FI:
      • Laju (11 Mbps). 
      • Stabil Jarak lebih jauh (75 hingga 125 meter) 
      • Boleh digabungkan dengan rangkaian berwayar semasa 
      • Serasi dengan sebarang peranti 802.11 DSSS
    • Kelemahan WI-FI:
      • Agak mahal 
      • Agak sukar untuk dipasang 
      • Kelajuan tidak konsisten
    • Wi-Fi menawarkan kelajuan yang tinggi tetapi kosnya agak mahal. la juga memerlukan titik capaian yang kosnya melebilhi RM2,000 sebuah. Manakala kad capaian Wi-Fi pula mencecah sehingga RM500 sekeping. la terdapat dalam versi PCI, USB dan Apple juga ada mengeluarkan produk capaian Wi-Fi yang dikenali sebagai Airport yang juga serasi dengan komputer berasaskan Windows.

LANGKAH-LANGKAH MENYEDIAKAN WIRELESS

Terdapat banyak jenama-jenama Access Point yang berada di pasaran, saya juga telah menggunakan banyak jenis Access Point. Antara yang popular adalah jenama Asus, Belkin, D-Link, NETGEAR dan lain-lain. Tidak kira jenis atau jenama Wireless Access Point yang digunakan oleh anda, penyediaan Access Point adalah hampir sama bagi kebanyakan vendor. Langkah ini tidak memerlukan penggunaan mana-mana cakera padat atau perisian tertentu. Semua konfigurasi akan dilakukan melalui pelayar web.

1) Log Masuk ke Panel Kawalan Access Point

2) Tukar Kata Laluan Default

3) Konfigurasi Asas Tetapan Wireless

4) Konfigurasi Keselamatan Tanpa Wayar

5) Konfigurasi Alamat IP Access Point

6) Uji Sambungan



Internet


  • Internet (interconnected-networking) ialah rangkaian komputer yang terhubung di dalam beberapa rangkaian.
  • Internet (huruf ‘I’ besar) ialah sistem komputer umum, yang berhubung secara global dan menggunakan TCP/IP sebagai protokol pertukaran paket (packet switching communication protocol). 
  • Rangkaian internet yang terbesar dinamakan Internet. 
  • Cara menghubungkan rangkaian dengan kaedah ini dinamakan internetworking.
  • Internet adalah merupakan jaringan komputer yang dibentuk bagi tujuan untuk membuat sistem jaringan komputer yang tersebar dengan menghubungkan komputer di daerah-daerah vital untuk mengatasi masalah bila terjadi serangan nuklir dan untuk menghindari terjadinya informasi terpusat, yang apabila terjadi perang dapat mudah dihancurkan.
KEBAIKAN:
  1.  Maklumat
  2. Alat komunikasi
  3. Jimatkan kos dan masa
  4. Berita terkini
  5. Pengiklanan
  6. Hiburan
  7. Pendidikan secara atas talian
  8. Servis Perkhidmatan

KEBURUKAN:



  1. Ketidaktepatan maklumat
  2. Virus/ Malware/ Worm/ Trojan
  3. Bahan-bahan yang tidak bermoral
  4. Isu keselamtan
  5. Pembaziran masa


INSFRASTRUKTUR INTERNET


  • Pada tahun ini infrastruktur internet yang dipakai adalah fiber optik atau biasa disebut jaringan kabel dan teknologi wireless. 
  • Ada beberapa faktor yang mendorong pertumbuhan penggunaan teknologi wireless, iaitu:
    • any information, 
    • anytime
    • anywhere communication 
    • any place. 
  • Dalam hal ini fleksibiltas dalam mengakses informasi dan menjalankan fungsi bisnis sudah memadahi jika menggunakan teknologi ini, pada posisi ini user akan merasakan kehandalan dari teknologi ini, seperti browsing, chating, blogging, downloading, cek email dan lain sebagainya.
  • Aspek yang lain adalah simplicity yaitu kemudahan dalam melakukan pembangunan infra struktur secara cepat dalam mengantisipasi peningkatan pengguna internet diseluruh dunia. 
  • Seiring dengan perkembangan layanan broadband kini muncul inovasi teknologi nirkabel yang lebih mutakhir untuk mengantisipasi perkembangan internet yang semakin pesat. 
  • World wide Interoperability for Microwave Access (WiMAX) merupakan salah satu produk dari Broadband Wireless Access (BWA) yang didasarkan pada standar Institute of Electrical and Electronics Engineering (IEEE) 802.16 yang didesain untuk jangkauan yang cukup luas sehingga penetrasi internet bisa ditingkatkan.



Tuesday, 17 April 2012

Cabling

  • Cabling merupakan antara media penghantaran.
  • Media Penghantaran – laluan di mana data dihantar di dalam sistem komunikasi.
  • Terbahagi kepada beberapa jenis:
    • Ruang bebas (terrestrial and satellite microwave)
    • Kabel fiber optik
    • Kabel berlogam
i. Free space (terrestrial and satellite microwave) 
  • Microwave (gelombang mikro) amat sesuai untuk komunikasi dan aplikasi radar kerana ia mempunyai frekuensi yang tinggi dan jarak gelombang yangpendek.
  • Frekuensi yang tinggi dapat membekalkan lebarjalur yang luas.
  • Berupaya memuatkan semua maklumat termasuk AM dan FM.
ii. Kabel fiber optik  
  • Kabel fiber optik mengandungi teras kaca yang dilindungi oleh beberapa lapisan.
  • Ia memancarkan cahaya dengan lebih baik dan mampu mengatasi masalah gangguan elektrikal dalam signal.


     
 






   





Ciri-ciri kabel fiber optik
i. Mampu memancarkan isyarat pada jarak yang lebih jauh berbanding kabel biasa.
ii. Berkebolehan membawa isyarat dengan kadar yang sangat laju.
iii. Kos yang berpatutan berbanding kabel biasa
iv. Sukar untuk diubahsuai dan pemasangan yang susah

ANTARA KABEL YANG BIASA DIGUNAKAN DALAM KOMUNIKASI DATA

a. Unshielded Twisted Pair (UTP) Cable
  • Merupakan jenis kabel yang paling popular dan menjadi pilihan untuk digunakan dalam sambungan rangkaian di sekolah-sekolah.
  • Mempunyai 4 pasang wayar yang terkandung di dalam jaket pelindung.
  • Setiap pasang dipintal dengan bilangan pintalan yang berlainan setiap 1 inci untuk menghapuskan gangguan daripada pasangan yang bersebelahan atau daripada peranti elektrikal yang lain.
  • Dari 8 buah kabel yang ada pada kabel ini, hanya 4 sahaja yang diguna untuk mengirim dan menerima data
b. Unshielded twisted pair connector (UTP) cable



  • Jenis yang biasa digunakan adalah RJ-45 connector. 
  • Terdapat dua jenis pemasangan kabel Twisted pair iaitu:
    • Pemasangan Lurus (Straight-Through)
    • Pemasangan Terbalik (Cross Over)

 Pemasangan lurus
  • Pemasangan lurus biasanya digunakan untuk menghubungkan hab dengan komputer.
  • Kabel pemasangan lurus mempunyai sambungan wayar kod warna yang sama di kedua hujung komputer dan hab.
Pemasangan terbalik
  • Pemasangan terbalik digunakan untuk komunikasi antara komputer dengan komputer.
 c. Shielded Twisted Pair (STP) Cable


  • Kabel STP sesuai untuk persekitaran yang mempunyai gangguan elektrikal. 
  • Kabel sepaksi mempunyai pengalir kuprum tunggal di dalamnya.
  • Lapisan plastik di luar memberikan penebatan antara pengalir teras denganbraided metal shield.
  • Logam berpelindung membantu menyekat sebarang gangguan luaran seperti cahaya fluorescent , motor dan komputer2 lain.

Coaxial cable connector

  • Jenis penyambung yang paling popular untuk digunakan dalam kabel sepaksi adalah Bayone-Neill_Concelman (BNC) connector.

Sunday, 15 April 2012

Network Hardware




    1. FILE SERVER

  •  Fail server dalam sistem rangkaian merupakan penghidup keseluruhan rangkaian dalam sistem rangkaian pelanggan-pelayan (client-server).
  • Merupakan sebuah komputer berkuasa tinggi, mempunyai jumlah memori dan ruang storan yang besar, kad rangkaian yang laju.  
  • Dilengkapi dengan Sistem Operasi Rangkaian (Networking Operating System - NOs)
  • Fungsi:
    • untuk mengawal-selia semua komunikasi data di antara nod dalam rangkaian. 

     2. WORKSTATION


  • Semua komputer yang dihubungkan dengan fail server dalam rangkaian dikenali sebagai stesen kerja (workstation). 
  • Dilengkapkan dengan :
    • kad rangkaian
    • perisian rangkaian
    • kabel yang sesuai. 

     3. NETWORK INTERFACE CARD
  • Kad Rangkaian (Networking Interface Card) merupakan peranti yang digunakan untuk menghubungkan stesen kerja dengan rangkaian secara fizikal. 
  • Dipasang pada slot tambah dalam komputer tetapi terdapat juga komputer seperti Mac Classics yang disambungkan secara luaran melalui port bersiri atau port SCSI (Small Computer System Interface).
  • Kad rangkaian merupakan faktor utama yang menentukan kelajuan dan "performance" sesebuah rangkaian.
  • Terdapat tiga jenis perhubungan peranti rangkaian iaitu:
    • kad ethernet 
    • local talk connectors 
    • token ring card
  • Mengikut kajian yang dijalankan, Kad Ethernet adalah paling meluas digunakan diikuti oleh Token Ring dan Local Talk
     4.HUB AND SWITCH



  • Hub/Switch merupakan perkakasan rangkaian yang menyediakan "central connection point" untuk penyambungan kabel daripada stesen kerja, komputer pelayan (servers), dan lain-lain perkakasan rangkaian.  
  • Digunakan dalam topologi bintang bersama dengan kabel pasangan terpiuh (twisted-pair cables).

     5. REPEATER
  • Apabila sesuatu isyarat bergerak di dalam satu rangkaian, ia menjadi semakin kurang bertenaga. 
  • Sebuah pengulang merupakan satu peranti mengecam isyarat apabila ia melintasinya. 
  • Beroperasi melalui percikan elektrik pada isyarat yang diterima dan menyaiakannya semula. 
  • Boleh dijadikan sebuah peranti asing atau disatukan dengan concentrator.
  • Ia digunakan apabila jumlah panjang kabel rangkaian melampaui had standard bagi jenis kabel yang digunakan.

     6. BRIDGES

  • Fungsi membenarkan satu rangkaian yang besar dibahagikan menjadi dua buah rangkaian yang kecil. 
  • Dapat mempertingkatkan mutu perkhidmatan pada rangkaian itu. 
  • Jika sistem perkabelan cara lama hendak disambungkan dengan sistem rangkaian terkini, sebuah jambatan merupakan jalan penyelesaian.
  • Satu jambatan bertugas mengawal laluan informasi dari kedua-dua belah bahagian rangkaian supaya ia dapat menghantar informasi yang diterima ke lokasi yang diminta. 
  • Berupaya mengawal rangkaian dan secara automatik mengumpul alamat semua komputer yang terdapat pada kedua-dua belah rangkaian. 
  • Jambatan menguruskan lalu lintas bagi mengekalkan persembahan optima dari kedua-dua bahagaian rangkaian itu tetapi maklumat berkaitan tidak akan disiarkan.
  • Jambatan turut boleh digunakan untuk menghubungkan kabel yang pelbagai jenis atau topologi fizikal tetapi protokol yang sama hendaklah digunakan.

     7. ROUTER
  • Router ialah satu peralatan yang bertindak sebagai bridges atau switch.
  • Antara fungsi:
    • Ianya membawa data diantara sagment rangkaian yang berbeza. 
    • Memeriksa pengepala paket untuk menyelesaikan bahagian yang bagus untuk paket berjalan. 
    • Membolehkan semua pengguna pada rangkaian untuk berkongsi satu sambungan pada internet atau WAN. 
  • Router menggunakan alamat paket yang lebih jelas berbanding dengan bridges.
  • Router memastikan perjalan paket atau bahagian yang paling efisyen ke destinasinya.  Jika sambungan  diantara dua router gagal, data yang dihantar router akan memutuskan router yang bergilir-bergilir untuk memastikan trafik bergerak.
  • Kelebihan:
    • mengurangkan jumlah trafik dintara rangkaian dan membolehkan router digunkan untuk menyambung  lebih efisyen berbanding dengan bridges.

     8. GATEWAYS
  • Gateways memutuskan komunikasi diantara arkitektur rangkaian yang berbeza. 
  • Mengambil data dari satu rangkaian dan mempaketkan semula, maka setiap rangkaian boleh memahami data rangkaian yang lain.
  • Gateways boleh dikatakan senbagi pentafsir. 
  • Penyambungan gateway pada 2 sistem tidak memerlukan:
    • arkitektur yang sama 
    • mengsetkan peraturan dan undang-undang komunikasi 
    • struktur performatan data

Penghantaran Data

# JENIS #


     1. ANALOG


  • Penghantaran Analog menghantar data dalam bentuk gelombang elektrikal yang berterusan.
  • Data yang melalui talian telefon adalah dalam bentuk gelombang bunyi.
  • Oleh sebab itu, talian telefon yang menghantar talian analog digunakan dengan meluas dalam sistem komunikasi data sedangkan komputer mengendalikan data digital, penukaran data digital ke analog dan analog ke digital perlu dilakukan.
  • Penukaran ini dilakukan dengan menggunakan modem. 
  •  Modem adalah alat yang berfungsi untuk menukar isyarat digital ke analog dan sebaliknya. 
Gambar rajah dibawah menunjukkan tentang Perkakasan Dalam    
                                    Perhubungan Data:


     2. DIGITAL


  • Penghantaran digital menghantar data dalam bentuk denyutan elektrikal yang berbeza iaitu sama ada on atau off. 
  • Komputer mengendalikan data digital yang diwakili oleh digit binari 0 dan 1.
  • Lebih baik daripada analog kerana:
    • lebih mudah mengenali bit 1 & bit 0
    • tidak mengumpulkan ‘noise’ seperti analog
    • Data digital lebih sesuai untuk komunikasi komputer kerana data tidak perlu di ‘modulate’
    • Dapat menggunakan kabel yang sama untuk membawa perbagai jenis data, seprti teks, suara & video kerana semuanya berbentuk bit.
    • Kos yang semakin murah dengan adanya chip-chip yang begitu tinggi kemampuannya.
    3. BROADBAND / JALUR LEBAR
  • Medium yang menyambungkan komunikasi berkeupayaan tinggi
  • Laju
  • Semakin tinggi bandwidth, semakin laju maklumat dapat dihantar

# TEKNIK PENGHANTARAN DATA DALAM DIGITAL #

    1. SERIES TRANSMISSION


  • n-bit data dihantar secara berjujukan.
  • Memerlukan satu talian sahaja
  • Lambat
  • Untuk jarak yang jauh
  • Lebih popular kerana banyak peranti
  • Komputer tidak boleh mengendalikan data yang dihantar secara selari.
  • Memerlukan penukar selari ke siri (Multiplexer) untuk data keluar.
  • Memerlukan penukar siri ke selari (Demultiplexer) untuk data masuk.

     2. PARALLEL TRANSMISSION



  • n-bit data dihantar secara serentak
  • Memerlukan banyak talian
  • Lebih laju
  • Sesuai untuk jarak yang dekat
 # MOD PENGHANTARAN DATA #
  • MOD : pergerakan data antara dua titik
  • Tiga jenis mod penghantaran dalam komunikasi data adalah:
    • simpleks
    • half dupleks
    • full dupleks
       i. SIMPLEKS (SIMPLEX) 
  • Maklumat dihantar dalam satu hala sahaja. 
  • Contoh; penyiaran radio dan TV.
      ii. DUPLEKS SEPARUH (HALF DUPLEX)
  • Maklumat dihantar secara dua hala tetapi tidak pada masa yang sama.
  • Contoh: walkie-talkie



      iii. DUPLEKS PENUH (FULL DUPLEX)
  • Maklumat dihantar secara dua hala serentak pada masa yang sama.
  • Contoh: telefon

Saturday, 14 April 2012

Computer Network

RANGKAIAN KOMPUTER menghubungkan natara satu komputer dengan komputer-komputer ataupun devices yang lain untuk membolehkan mereka berkomunikasi antara satu sama lain.

Sebagai contonya dari segi:
  • Perisian komputer
  • Penghantaran data
  • Perisian komunikasi
  • Software




# JENIS RANGKAIAN #


     1. PAN
  • Merupakan rangkaian pribadi
  • Contohnya ialah dengan menyambungkan komputer dengan printer, tetikus dan sebagainya
   
     2. LAN
  • Merupakan rangkaian kawasan setempat.
  • Kawasan rangkaian yang terhad pada batasan geografi seperti;        
    • makmal.
    • sekolah / bangunan.
  • Rangkaian LAN terbahagi kepada dua jenis iaitu;


      i)  Pengguna dan pelayan (Client-server)






  • Terdiri daripada sebuah komputer pelayan (Server) untuk melayan komputer lain yang bertindak sebagai pengguna (Client).
  • Komputer pelayan akan menjalankan pengurusan pusat(Centralized) untuk melayan pengguna-pengguna dari segi perkongsian perisian aplikasi, data, pencetak dll. 
  • Pelayan biasanya berkuasa tinggi. 
  • Jenis-jenis palayan:
    • Pelayan fail (Fail server)- Menyimpan perisian dan data.
    • Pelayan data (Database server)- Menyimpan data sahaja.
    • Pelayan cetak (Print server)- Mengawal satu atau lebih pencetak.
    • Pelayan fax (Fax server)- Menguruskan penghataran fax.
    • Pelayan mel (Mail server)- Menguruskan e-mail.
  • Biasanya pelayan ini tidak memproses atau mengubah data yang dikirim. 
  • Pelayan tidak perlu tahu jenis fail, sebaliknya ia sibuk menjawab permintaan dari komputer pengguna atas fail yang disimpamnya.
      * KELEBIHAN *
  • Keselamatan sumber dan data dikawal oleh pelayan.
  • Semua komponen( client/ network/ server) kerja serentak.
  • Perkongsian data dan perisian aplikasi boleh di lakukan.
     * KELEMAHAN *
  • Perbelanjaan yang lebih mahal untuk sebuah komputer pelayan.
  • Perlukan melakukan penyelenggaraan (maintenance) untuk menjamin keberkesanan sistem.
  • Rangkaian tidak berfunggi jika berlaku kerosakan pada pelayan.
     ii)  Pengguna-pengguna sebaya (Peer to peer)






  • Sistem ini tidak melibatkan komputer palayan. 
  • Ia membenarkan perkongsian alat dan fail. 
  • Setiap komputer dapat mengirim, menerima dan memproses fail data kerana setiap komputer mempunyai potensi yang sama.  
      * KELEBIHAN *
  • Kosnya rendah, tidak perlu pelayan.
  • Guna Sistem Operasi yang sedia ada (Windows 95/98), hanya perlu configurasi untuk peer to peer.
  • Sesuai untuk organisasi yang kecil.
     * KELEMAHAN *
  • Tiada pengurusan pusat untuk fail dan perisian applikasi.
  • Keselamatan data tidak sebaik sistem client-server.
  • Lambat berbanding dengan sistem client-server.


   3. MAN




  • Merupakan rangkaian kawasan metropolitan.
  • Meliputi kawasan geografi yang agak luas berbanding LAN.
    Contoh:
    • gabunganbeberapa buah sekolah, bandar, negeri atau daerah tertentu.
  • Menjalankan suatu perhubungan rangkaian yang sederhana besar.
  • Maklumat dapat disebarkan dengan meluas, cepat dan berkesan.
  • Fungsi :
    • menghubungkan semua pusat media kepada komputer kerangka utama yang terletak pada sesuatu tempat dengan menggunakan talian telefon, kabel koaksial, wireles.
     
   4. WAN




  • Merupakan rangkaian kawasan luas.
  • Menghubungkan kawasan yang lebih luas.
  • Contohnya:
    • menghubungkan Malaysia dengan serata dunia.
  • Rumit dan kompleks kerana memerlukan pelbagai perkakasan dan perisian sebelum membolehkan rangkaian setempat dan metropolitan berhubung dengan komunikasi secara global dan antarabangsa seperti internet.