Sunday, 8 April 2012

Teknologi & Topologi

Maksud Topologi:
  • Merujuk kepada cara bagaimana sesebuah kabel dihubungkan kepada terminal komputer seseorang individu pada rangkaian.
Ciri - ciri Topologi:
  1. Topologi Fizikal
    - paparan sebenar alat-alat yang disambungkan kepada rangkaian termasuk tempat dan pemasangan
       kabel.
  2. Topologi Logikal
    - Merujuk kepada cara bagaimana ia beroperasi (memindahkan data) sebagaimana ia bertentangan
       dengan paparan tersebut.
Jenis-Jenis Topologi:
  1.  LINEAR BUS



 
  • Asas, mudah & murah
  • Semua nod dihubungkan terus kepada satu sambungan (link) 
  • Membolehkan setiap alat perangkaian melihat semua isyarat dari alat-alat yang lain.
  • Menggunakan wayar coaxial
  • Biasanya digunakan di pejabat, kediaman & institusi pendidikan yang kecil dan jumlah pengguna sedikit
  • Hujung kabel ditutup dengan terminator
     * KELEBIHAN*
  •  Murah
  • Senang untuk menambah stesen
  • Kurang menggunakan kabel berbanding topologi yang lain
  • Berfungsi dengan baik untuk rangkaian yang kecil
     *KEKURANGAN*
  •  Sebarang masalah pada mana-mana nod pada rangkaian tersebut berupaya menjadikan keseluruhan rangkaian tersebut gagal berfungsi.
  • permula atau penutup diperlukan pada kedua-dua penghujung tulang belakang kabel tersebut.
  • Sukar untuk menangani masalah.
  • Berkongsi kabel yang sama menyebabkan tahap respon amat rendah.


     2. STAR








  • Digunakan di dalam persekitaran rangkaian yang berasaskan kepada penggunaan komputer para pelanggan (client-server).
  • Penggunaan rangkaian yang serius dalam sektor industri khususnya syarikat multi nasional, pusat pengajian tinggi awam & sektor perubatan.
  • Menggunakan perkakasan yang dikenali sebagai hub.
  • Data yang masuk ke hub akan dibroadcast ke semua nod.
  • Pusat topologi ialah ‘Hub’.
  • Segmen-segmen bertemu di ‘Hub’.
  • Setiap alat memerlukan kabel tersendiri untuk dihubungkan ke ‘Hub’.
  • Jenis topologi yang lebih banyak.
  • Senang untuk dikekalkan dan dikembangkan.
     *KELEBIHAN*
  • Mudah untuk menambah stesen baru.
  • Senang untuk dikawal dan masalah mudah diatasi.
  • Dapat menampung ‘wiring’ yang berlainan.
  • Kegagalan sebuah kabel tidak mempengaruhi rangkaian yang lain (katahanan).
  • Hub menyediakan pengurusan berpusat.
  • Mudah ditingkatkan kepada kelajuan yang lebih cepat.
  • Banyak sokongan sebagaimana ia banyak digunakan.
     *KEKURANGAN*
  • Kegagalan hub akan melumpuhkan keseluruhan sambungan stesen.
  • Banyak kabel yang diperlukan.
  • Kos adalah lebih tinggi (pemasangan & keperluan) berbanding kebanyakkan perangkaian bas (bus).
  •  Jumlah terminal terbatas - bergantung kepada hub.

3. RING



 


  • Semua nod dihubungkan kepada dua komputer yang bersebelahan dengannya untuk membentuk satu rangkaian berbentuk bulatan tertutup. 
  • Semua alat dipasang terus kepada alat yang lain (daisy-chain).
  • Data yang dihantar dari satu nod ke nod yang lain perlu melalui nod-nod yang sebelumnya.
  • Tidak ada permulaan dan penutup.
  • Semua alat boleh mengakses secara sama rata.
  • ‘Single Ring’–data berpindah dalam satu hala sahaja.
  • Setiap alat harus menunggu giliran untukdisiarkan.
  • Jenis yang biasa ialah ‘Token Ring’ (IEEE 802.5).
      *KELEBIHAN*
  •  Data berpindah pada kelajuan yang tinggi.
  • Tiada pelanggaran.
  • Lebih mudah untuk mengenal pasti kesilapan.
  • Tidak memerlukan penamat.
      *KEKURANGAN*
  • Memerlukan lebih banyak kabel berbanding topologi bas (bus).
  • Satu kerosakan pada sambungan akan menyebabkan keseluruhan sambungan terganggu.
  • Tidak biasa digunakan berbanding topologi bas (bus) – tidak terdapat banyak peralatan.
  • Menambah atau mengurangkan nod akan mengacau jaringan.

4. TREE


  • Menggabungkan antara satu jenis topologi dengan jenis topologi yang lain.
  • Contoh : Topologi Star + Topologi Bus.   
  • Terdapat beberapa tingkatan simpul (node). 
  • Pusat atau simpul yang lebih tinggi tingkatannya, boleh menetapkan simpul lain yang lebih rendah tingkatannya.  
  • Data yang dihantar perlu melalui simpul pusat terlebih dahulu
      *KELEBIHAN*
  • Mudah membentuk satu-satu kumpulan.
      *KEKURANGAN*
  • Sekiranya sambungan di laluan utama mengalami kegagalan untuk berfungsi, keseluruan nod-nod juga tidak aka dapat berfungsi.
  • Data yang dihantar perlu melalui simpul pusat terlebih dahulu.

5. MESH





  • Tidak biasa digunakan menerusi LAN.
  • Biasa digunakan dalam WAN untuk penghubung LAN.
  • Setiap nod dihubungkan kepada nod-nod yang lain.
  • Membolehkan komunikasi terus berlangsung walaupun terdapat kesilapan diantara penghubung.
  • Ia adalah “Fault Tolerant”.
      *KELEBIHAN*
  • Menggalakkan "Fault Tolerant"
      *KEKURANGAN*
  • Mahal.
  • Sukar untuk dipasang.
  • Sukar untuk diuruskan.
  • Sukar untuk mengenalpasti masalah.


6. FDDI


  • standard komunikasi data dengan menggunakan fiber optic pada LAN.
  • Panjang sehingga 200 km.
  • Berasaskan pada protokol Token Ring. 
  • Terdiri dari dua Token Ring, salah satu ring-nya berfungsi sebagai ring backup sekiranya ada ring dari dua ring tersebut yang putus atau menghadapi kegagalan dalam bekerja. 
  • Mempunyai kelajuan 100 Mbps.
      *KELEBIHAN*
  • Keajuan yang tinggi
  • Sekiranya salah satu ring mengalami masalah, rangkaian masih dapat berjalan seperti biasa.

No comments:

Post a Comment