Sunday, 15 April 2012

Network Hardware




    1. FILE SERVER

  •  Fail server dalam sistem rangkaian merupakan penghidup keseluruhan rangkaian dalam sistem rangkaian pelanggan-pelayan (client-server).
  • Merupakan sebuah komputer berkuasa tinggi, mempunyai jumlah memori dan ruang storan yang besar, kad rangkaian yang laju.  
  • Dilengkapi dengan Sistem Operasi Rangkaian (Networking Operating System - NOs)
  • Fungsi:
    • untuk mengawal-selia semua komunikasi data di antara nod dalam rangkaian. 

     2. WORKSTATION


  • Semua komputer yang dihubungkan dengan fail server dalam rangkaian dikenali sebagai stesen kerja (workstation). 
  • Dilengkapkan dengan :
    • kad rangkaian
    • perisian rangkaian
    • kabel yang sesuai. 

     3. NETWORK INTERFACE CARD
  • Kad Rangkaian (Networking Interface Card) merupakan peranti yang digunakan untuk menghubungkan stesen kerja dengan rangkaian secara fizikal. 
  • Dipasang pada slot tambah dalam komputer tetapi terdapat juga komputer seperti Mac Classics yang disambungkan secara luaran melalui port bersiri atau port SCSI (Small Computer System Interface).
  • Kad rangkaian merupakan faktor utama yang menentukan kelajuan dan "performance" sesebuah rangkaian.
  • Terdapat tiga jenis perhubungan peranti rangkaian iaitu:
    • kad ethernet 
    • local talk connectors 
    • token ring card
  • Mengikut kajian yang dijalankan, Kad Ethernet adalah paling meluas digunakan diikuti oleh Token Ring dan Local Talk
     4.HUB AND SWITCH



  • Hub/Switch merupakan perkakasan rangkaian yang menyediakan "central connection point" untuk penyambungan kabel daripada stesen kerja, komputer pelayan (servers), dan lain-lain perkakasan rangkaian.  
  • Digunakan dalam topologi bintang bersama dengan kabel pasangan terpiuh (twisted-pair cables).

     5. REPEATER
  • Apabila sesuatu isyarat bergerak di dalam satu rangkaian, ia menjadi semakin kurang bertenaga. 
  • Sebuah pengulang merupakan satu peranti mengecam isyarat apabila ia melintasinya. 
  • Beroperasi melalui percikan elektrik pada isyarat yang diterima dan menyaiakannya semula. 
  • Boleh dijadikan sebuah peranti asing atau disatukan dengan concentrator.
  • Ia digunakan apabila jumlah panjang kabel rangkaian melampaui had standard bagi jenis kabel yang digunakan.

     6. BRIDGES

  • Fungsi membenarkan satu rangkaian yang besar dibahagikan menjadi dua buah rangkaian yang kecil. 
  • Dapat mempertingkatkan mutu perkhidmatan pada rangkaian itu. 
  • Jika sistem perkabelan cara lama hendak disambungkan dengan sistem rangkaian terkini, sebuah jambatan merupakan jalan penyelesaian.
  • Satu jambatan bertugas mengawal laluan informasi dari kedua-dua belah bahagian rangkaian supaya ia dapat menghantar informasi yang diterima ke lokasi yang diminta. 
  • Berupaya mengawal rangkaian dan secara automatik mengumpul alamat semua komputer yang terdapat pada kedua-dua belah rangkaian. 
  • Jambatan menguruskan lalu lintas bagi mengekalkan persembahan optima dari kedua-dua bahagaian rangkaian itu tetapi maklumat berkaitan tidak akan disiarkan.
  • Jambatan turut boleh digunakan untuk menghubungkan kabel yang pelbagai jenis atau topologi fizikal tetapi protokol yang sama hendaklah digunakan.

     7. ROUTER
  • Router ialah satu peralatan yang bertindak sebagai bridges atau switch.
  • Antara fungsi:
    • Ianya membawa data diantara sagment rangkaian yang berbeza. 
    • Memeriksa pengepala paket untuk menyelesaikan bahagian yang bagus untuk paket berjalan. 
    • Membolehkan semua pengguna pada rangkaian untuk berkongsi satu sambungan pada internet atau WAN. 
  • Router menggunakan alamat paket yang lebih jelas berbanding dengan bridges.
  • Router memastikan perjalan paket atau bahagian yang paling efisyen ke destinasinya.  Jika sambungan  diantara dua router gagal, data yang dihantar router akan memutuskan router yang bergilir-bergilir untuk memastikan trafik bergerak.
  • Kelebihan:
    • mengurangkan jumlah trafik dintara rangkaian dan membolehkan router digunkan untuk menyambung  lebih efisyen berbanding dengan bridges.

     8. GATEWAYS
  • Gateways memutuskan komunikasi diantara arkitektur rangkaian yang berbeza. 
  • Mengambil data dari satu rangkaian dan mempaketkan semula, maka setiap rangkaian boleh memahami data rangkaian yang lain.
  • Gateways boleh dikatakan senbagi pentafsir. 
  • Penyambungan gateway pada 2 sistem tidak memerlukan:
    • arkitektur yang sama 
    • mengsetkan peraturan dan undang-undang komunikasi 
    • struktur performatan data

Penghantaran Data

# JENIS #


     1. ANALOG


  • Penghantaran Analog menghantar data dalam bentuk gelombang elektrikal yang berterusan.
  • Data yang melalui talian telefon adalah dalam bentuk gelombang bunyi.
  • Oleh sebab itu, talian telefon yang menghantar talian analog digunakan dengan meluas dalam sistem komunikasi data sedangkan komputer mengendalikan data digital, penukaran data digital ke analog dan analog ke digital perlu dilakukan.
  • Penukaran ini dilakukan dengan menggunakan modem. 
  •  Modem adalah alat yang berfungsi untuk menukar isyarat digital ke analog dan sebaliknya. 
Gambar rajah dibawah menunjukkan tentang Perkakasan Dalam    
                                    Perhubungan Data:


     2. DIGITAL


  • Penghantaran digital menghantar data dalam bentuk denyutan elektrikal yang berbeza iaitu sama ada on atau off. 
  • Komputer mengendalikan data digital yang diwakili oleh digit binari 0 dan 1.
  • Lebih baik daripada analog kerana:
    • lebih mudah mengenali bit 1 & bit 0
    • tidak mengumpulkan ‘noise’ seperti analog
    • Data digital lebih sesuai untuk komunikasi komputer kerana data tidak perlu di ‘modulate’
    • Dapat menggunakan kabel yang sama untuk membawa perbagai jenis data, seprti teks, suara & video kerana semuanya berbentuk bit.
    • Kos yang semakin murah dengan adanya chip-chip yang begitu tinggi kemampuannya.
    3. BROADBAND / JALUR LEBAR
  • Medium yang menyambungkan komunikasi berkeupayaan tinggi
  • Laju
  • Semakin tinggi bandwidth, semakin laju maklumat dapat dihantar

# TEKNIK PENGHANTARAN DATA DALAM DIGITAL #

    1. SERIES TRANSMISSION


  • n-bit data dihantar secara berjujukan.
  • Memerlukan satu talian sahaja
  • Lambat
  • Untuk jarak yang jauh
  • Lebih popular kerana banyak peranti
  • Komputer tidak boleh mengendalikan data yang dihantar secara selari.
  • Memerlukan penukar selari ke siri (Multiplexer) untuk data keluar.
  • Memerlukan penukar siri ke selari (Demultiplexer) untuk data masuk.

     2. PARALLEL TRANSMISSION



  • n-bit data dihantar secara serentak
  • Memerlukan banyak talian
  • Lebih laju
  • Sesuai untuk jarak yang dekat
 # MOD PENGHANTARAN DATA #
  • MOD : pergerakan data antara dua titik
  • Tiga jenis mod penghantaran dalam komunikasi data adalah:
    • simpleks
    • half dupleks
    • full dupleks
       i. SIMPLEKS (SIMPLEX) 
  • Maklumat dihantar dalam satu hala sahaja. 
  • Contoh; penyiaran radio dan TV.
      ii. DUPLEKS SEPARUH (HALF DUPLEX)
  • Maklumat dihantar secara dua hala tetapi tidak pada masa yang sama.
  • Contoh: walkie-talkie



      iii. DUPLEKS PENUH (FULL DUPLEX)
  • Maklumat dihantar secara dua hala serentak pada masa yang sama.
  • Contoh: telefon

Saturday, 14 April 2012

Computer Network

RANGKAIAN KOMPUTER menghubungkan natara satu komputer dengan komputer-komputer ataupun devices yang lain untuk membolehkan mereka berkomunikasi antara satu sama lain.

Sebagai contonya dari segi:
  • Perisian komputer
  • Penghantaran data
  • Perisian komunikasi
  • Software




# JENIS RANGKAIAN #


     1. PAN
  • Merupakan rangkaian pribadi
  • Contohnya ialah dengan menyambungkan komputer dengan printer, tetikus dan sebagainya
   
     2. LAN
  • Merupakan rangkaian kawasan setempat.
  • Kawasan rangkaian yang terhad pada batasan geografi seperti;        
    • makmal.
    • sekolah / bangunan.
  • Rangkaian LAN terbahagi kepada dua jenis iaitu;


      i)  Pengguna dan pelayan (Client-server)






  • Terdiri daripada sebuah komputer pelayan (Server) untuk melayan komputer lain yang bertindak sebagai pengguna (Client).
  • Komputer pelayan akan menjalankan pengurusan pusat(Centralized) untuk melayan pengguna-pengguna dari segi perkongsian perisian aplikasi, data, pencetak dll. 
  • Pelayan biasanya berkuasa tinggi. 
  • Jenis-jenis palayan:
    • Pelayan fail (Fail server)- Menyimpan perisian dan data.
    • Pelayan data (Database server)- Menyimpan data sahaja.
    • Pelayan cetak (Print server)- Mengawal satu atau lebih pencetak.
    • Pelayan fax (Fax server)- Menguruskan penghataran fax.
    • Pelayan mel (Mail server)- Menguruskan e-mail.
  • Biasanya pelayan ini tidak memproses atau mengubah data yang dikirim. 
  • Pelayan tidak perlu tahu jenis fail, sebaliknya ia sibuk menjawab permintaan dari komputer pengguna atas fail yang disimpamnya.
      * KELEBIHAN *
  • Keselamatan sumber dan data dikawal oleh pelayan.
  • Semua komponen( client/ network/ server) kerja serentak.
  • Perkongsian data dan perisian aplikasi boleh di lakukan.
     * KELEMAHAN *
  • Perbelanjaan yang lebih mahal untuk sebuah komputer pelayan.
  • Perlukan melakukan penyelenggaraan (maintenance) untuk menjamin keberkesanan sistem.
  • Rangkaian tidak berfunggi jika berlaku kerosakan pada pelayan.
     ii)  Pengguna-pengguna sebaya (Peer to peer)






  • Sistem ini tidak melibatkan komputer palayan. 
  • Ia membenarkan perkongsian alat dan fail. 
  • Setiap komputer dapat mengirim, menerima dan memproses fail data kerana setiap komputer mempunyai potensi yang sama.  
      * KELEBIHAN *
  • Kosnya rendah, tidak perlu pelayan.
  • Guna Sistem Operasi yang sedia ada (Windows 95/98), hanya perlu configurasi untuk peer to peer.
  • Sesuai untuk organisasi yang kecil.
     * KELEMAHAN *
  • Tiada pengurusan pusat untuk fail dan perisian applikasi.
  • Keselamatan data tidak sebaik sistem client-server.
  • Lambat berbanding dengan sistem client-server.


   3. MAN




  • Merupakan rangkaian kawasan metropolitan.
  • Meliputi kawasan geografi yang agak luas berbanding LAN.
    Contoh:
    • gabunganbeberapa buah sekolah, bandar, negeri atau daerah tertentu.
  • Menjalankan suatu perhubungan rangkaian yang sederhana besar.
  • Maklumat dapat disebarkan dengan meluas, cepat dan berkesan.
  • Fungsi :
    • menghubungkan semua pusat media kepada komputer kerangka utama yang terletak pada sesuatu tempat dengan menggunakan talian telefon, kabel koaksial, wireles.
     
   4. WAN




  • Merupakan rangkaian kawasan luas.
  • Menghubungkan kawasan yang lebih luas.
  • Contohnya:
    • menghubungkan Malaysia dengan serata dunia.
  • Rumit dan kompleks kerana memerlukan pelbagai perkakasan dan perisian sebelum membolehkan rangkaian setempat dan metropolitan berhubung dengan komunikasi secara global dan antarabangsa seperti internet.

Sunday, 8 April 2012

Teknologi & Topologi

Maksud Topologi:
  • Merujuk kepada cara bagaimana sesebuah kabel dihubungkan kepada terminal komputer seseorang individu pada rangkaian.
Ciri - ciri Topologi:
  1. Topologi Fizikal
    - paparan sebenar alat-alat yang disambungkan kepada rangkaian termasuk tempat dan pemasangan
       kabel.
  2. Topologi Logikal
    - Merujuk kepada cara bagaimana ia beroperasi (memindahkan data) sebagaimana ia bertentangan
       dengan paparan tersebut.
Jenis-Jenis Topologi:
  1.  LINEAR BUS



 
  • Asas, mudah & murah
  • Semua nod dihubungkan terus kepada satu sambungan (link) 
  • Membolehkan setiap alat perangkaian melihat semua isyarat dari alat-alat yang lain.
  • Menggunakan wayar coaxial
  • Biasanya digunakan di pejabat, kediaman & institusi pendidikan yang kecil dan jumlah pengguna sedikit
  • Hujung kabel ditutup dengan terminator
     * KELEBIHAN*
  •  Murah
  • Senang untuk menambah stesen
  • Kurang menggunakan kabel berbanding topologi yang lain
  • Berfungsi dengan baik untuk rangkaian yang kecil
     *KEKURANGAN*
  •  Sebarang masalah pada mana-mana nod pada rangkaian tersebut berupaya menjadikan keseluruhan rangkaian tersebut gagal berfungsi.
  • permula atau penutup diperlukan pada kedua-dua penghujung tulang belakang kabel tersebut.
  • Sukar untuk menangani masalah.
  • Berkongsi kabel yang sama menyebabkan tahap respon amat rendah.


     2. STAR








  • Digunakan di dalam persekitaran rangkaian yang berasaskan kepada penggunaan komputer para pelanggan (client-server).
  • Penggunaan rangkaian yang serius dalam sektor industri khususnya syarikat multi nasional, pusat pengajian tinggi awam & sektor perubatan.
  • Menggunakan perkakasan yang dikenali sebagai hub.
  • Data yang masuk ke hub akan dibroadcast ke semua nod.
  • Pusat topologi ialah ‘Hub’.
  • Segmen-segmen bertemu di ‘Hub’.
  • Setiap alat memerlukan kabel tersendiri untuk dihubungkan ke ‘Hub’.
  • Jenis topologi yang lebih banyak.
  • Senang untuk dikekalkan dan dikembangkan.
     *KELEBIHAN*
  • Mudah untuk menambah stesen baru.
  • Senang untuk dikawal dan masalah mudah diatasi.
  • Dapat menampung ‘wiring’ yang berlainan.
  • Kegagalan sebuah kabel tidak mempengaruhi rangkaian yang lain (katahanan).
  • Hub menyediakan pengurusan berpusat.
  • Mudah ditingkatkan kepada kelajuan yang lebih cepat.
  • Banyak sokongan sebagaimana ia banyak digunakan.
     *KEKURANGAN*
  • Kegagalan hub akan melumpuhkan keseluruhan sambungan stesen.
  • Banyak kabel yang diperlukan.
  • Kos adalah lebih tinggi (pemasangan & keperluan) berbanding kebanyakkan perangkaian bas (bus).
  •  Jumlah terminal terbatas - bergantung kepada hub.

3. RING



 


  • Semua nod dihubungkan kepada dua komputer yang bersebelahan dengannya untuk membentuk satu rangkaian berbentuk bulatan tertutup. 
  • Semua alat dipasang terus kepada alat yang lain (daisy-chain).
  • Data yang dihantar dari satu nod ke nod yang lain perlu melalui nod-nod yang sebelumnya.
  • Tidak ada permulaan dan penutup.
  • Semua alat boleh mengakses secara sama rata.
  • ‘Single Ring’–data berpindah dalam satu hala sahaja.
  • Setiap alat harus menunggu giliran untukdisiarkan.
  • Jenis yang biasa ialah ‘Token Ring’ (IEEE 802.5).
      *KELEBIHAN*
  •  Data berpindah pada kelajuan yang tinggi.
  • Tiada pelanggaran.
  • Lebih mudah untuk mengenal pasti kesilapan.
  • Tidak memerlukan penamat.
      *KEKURANGAN*
  • Memerlukan lebih banyak kabel berbanding topologi bas (bus).
  • Satu kerosakan pada sambungan akan menyebabkan keseluruhan sambungan terganggu.
  • Tidak biasa digunakan berbanding topologi bas (bus) – tidak terdapat banyak peralatan.
  • Menambah atau mengurangkan nod akan mengacau jaringan.

4. TREE


  • Menggabungkan antara satu jenis topologi dengan jenis topologi yang lain.
  • Contoh : Topologi Star + Topologi Bus.   
  • Terdapat beberapa tingkatan simpul (node). 
  • Pusat atau simpul yang lebih tinggi tingkatannya, boleh menetapkan simpul lain yang lebih rendah tingkatannya.  
  • Data yang dihantar perlu melalui simpul pusat terlebih dahulu. 
      *KELEBIHAN*
  • Mudah membentuk satu-satu kumpulan.
      *KEKURANGAN*
  • Sekiranya sambungan di laluan utama mengalami kegagalan untuk berfungsi, keseluruan nod-nod juga tidak aka dapat berfungsi.
  • Data yang dihantar perlu melalui simpul pusat terlebih dahulu.

5. MESH





  • Tidak biasa digunakan menerusi LAN.
  • Biasa digunakan dalam WAN untuk penghubung LAN.
  • Setiap nod dihubungkan kepada nod-nod yang lain.
  • Membolehkan komunikasi terus berlangsung walaupun terdapat kesilapan diantara penghubung.
  • Ia adalah “Fault Tolerant”.
      *KELEBIHAN*
  • Menggalakkan "Fault Tolerant"
      *KEKURANGAN*
  • Mahal.
  • Sukar untuk dipasang.
  • Sukar untuk diuruskan.
  • Sukar untuk mengenalpasti masalah.


6. FDDI


  • standard komunikasi data dengan menggunakan fiber optic pada LAN.
  • Panjang sehingga 200 km.
  • Berasaskan pada protokol Token Ring. 
  • Terdiri dari dua Token Ring, salah satu ring-nya berfungsi sebagai ring backup sekiranya ada ring dari dua ring tersebut yang putus atau menghadapi kegagalan dalam bekerja. 
  • Mempunyai kelajuan 100 Mbps.
      *KELEBIHAN*
  • Keajuan yang tinggi
  • Sekiranya salah satu ring mengalami masalah, rangkaian masih dapat berjalan seperti biasa.

Saturday, 31 March 2012

6 Elemen Dalam Teknologi Komunikasi

1. MANUSIA
  •  Merujuk kepada pengguna komputer tersebut.
  • Elemen yang sangat penting dalam komunikasi. 
  • Mereka membina, menganalisis, dan membentuk sistem. 
  • Mereka juga yang mengoperasikan komputer. 
  • Ada 2 kategori manusia:
    -profesional
       e.g: programmer, computer engineer...
    -pengguna biasa
       e.g: kerani, guru...
2. PROSEDUR
  • Satu kerja yang tersusun mengikut peraturan untuk tindakan. 
  • Spesifikasi yang teratur, berturutan, dan juga perlaksanaan sesuatu proses.
3. MAKLUMAT/INFORMASI
  • Data yang disimpan dalam sistem komputer. 
  • Digunakan untuk menyiapkan sesuatu tugasan. 
  • Bentuk maklumat:
    -konsep
    -fakta
    -tafsiran.
  • Data = kumpulan/himpunan fakta, dari suatu objek.
  • Informasi = pengumpulan atau pengolahan data untuk memberikan pengetahuan atau keterangan.
4. HARDWARE
  • Objek fizikal yang merupakan bahagian - bahagian sistem komputer.
  • Operasi utama sistem komputer ialah : IPOS.
  • 5 kategori peralatan:
    -input
    -process
    -output
    -storage
    -komunikasi
 5. SOFTWARE
  • Arahan yang mana mengawal fungsi - fungsi komputer.
  • Arahan itu dilaksanakan oleh komputer
  • Dua jenis program :
    -sistem software
    -aplikasi software
6. KOMUNIKASI
  • Penyebaran maklumat
  • Ubah analog -> digital
  • Ubah digital -> analog

Tuesday, 13 March 2012

Telekomunikasi

Perkataaan telekomunikasi berasal daripada perkataan Greek.  ‘Tele’ bermaksud “sangat jauh”.  Ianya memerihalkan penghantaran maklumat dari jarak jauh tanpa mengubah kandungan maklumat tersebut.  Semua sistem telekomunikasi terdiri daripada komponen-komponen berikut  :
  Penghantar - mencipta maklumat yang akan dihantar.
   Bahantara  - maklumat akan dihantar melaluinya.
  Penerima    - menerima maklumat yang dihantar tanpa   
                       sebarang perubahan.

Satu contoh telekomunikasi ialah dua orang yang sedang bercakap melalui telefon dimana talian telefon adalah merupakan bahantara komunikasi.


Gambar sistem telekomunikasi mudah:


Friday, 9 March 2012

Hikayat Cik Siti Wan Kembang

Hahaha,,ntah dtg angin dr mane,,
tetiba ase minat ngan "Hikayat Cik Siti Wan Kembang" nie...

Jom...baca :)
Tau tak,, kalau ikot 1 rwyat nie,,

Sultan Ahmad + Cik Banun = Cik Siti Wan Kembang