Rangkaian tanpa wayar adalah salah satu cara
untuk menyambungkan komputer-komputer dalam sebuah rangkaian. la membina
sebuah rangkaian dengan menghantar isyarat frekuensi radio di antara
komputer-komputer untuk berkongsi maklumat.
Rangkaian tanpa
wayar adalah serupa dengan rangkaian berwayar tetapi satu perbezaan
nyata ialah rangkaian tanpa wayar boleh dicapai dalam ruang litup
tertentu tanpa sebarang lokasi tetap. Dengan itu pengguna dapat bergerak
bebas dan duduk dimana sahaja tanpa sebarang masalah (jika berada di
dalam ruang capaian frekuensinya).
Dua jenis topologi rangkaian tanpa
wayar iaitu:
- peet-to-peer
- Rangkaian akan berhubung dengan setiap komputer yang ada
dalam rangkaian dengan lebih mudah dan secara langsung. Manakala bagi
rangkaian tanpa wayar
- client-server
- Terdapat titik capaian (access
point) untuk membolehkan komputer notebook menerima dan menghantar data
menerusi titik ini menghantar kepada semua komputer yang dicapai oleh
rangkaian.
KELEBIHAN
- Teknologi ini adalah mengurangkan penggunaan kabel, yang memerlukan
ruang untuk menghubung antara satu peranti dengan peranti ynag lain,
dan juga merumitkan untuk menghubungkan lebih dari 2 piranti
bersambung.
- Misalnya: untuk menghubungkan sebuah 1 komputer server
dengan 100 komputer pengguna, maka memerlukan 100 buah kabel, dengan
jarak panjang yang bersesuaian dengan jarak komputer pengguna dengan
server.
- Jika kabel-kabel ini tidak ditutupi (seperti cable tray atau
conduit), hal ini dapat mengganggu pemandangan mata atau mencacatkan
pemandangan suatu bangunan.
- Tetapi jika menggunakan wireless maka dapat
menjimatkan ruang dan pemandangan dalam sesebuah banggunan lebih
teratur dan selesa.
Terdapat empat jenis rangkaian tanpa wayar yang
mana ia dibahagikan menurut kelajuan capaian rangkaian dan kos untuk
mengimplimentasinya.
- Bluetooth
- Teknologi ini tidak digunakan
secara meluas lagi dan ia tidak mampu mengantikan rangkaian berkelajuan
tinggi di antara komputer. la berspesifikasi untuk menggunakan radio
berkuasa rendah untuk menghubungkan telefon dan komputer dalam jarak
yang pendek tanpa wayar. Topologi Bluetooth dikenali sebagai piconet
atau PAN (personal area network). Piconet mengendungi sekurang-kurangnya
dua hingga maksimum lapan peranti Bluetooth dalam rangkaiannya.
Bluetooth mempunyai jarak maksima 10 meter (30 kaki) dan kelajuan ia
berkomunikasi tidak sampai 1 Mbps. la menggunakan isyarat radio dalam
jarak 2.4 Ghz atau yang sama dengan 802.11b.
- IrDA
- IrDA
(Inframerah) adalah sebuah piawai untuk perhubungan peranti dengan
menggunakan cahaya inframerah. Cara inilah alat kawalan jauh berfungsi
dan ia bergerak dengan kelajuan 4Mbps di samping bergerak dalam aliran
yang lurus.
- SWAP
- HomeRF (RF atau Radio Frequency) telah
mengujudkan sebuah standard yang dipanggil Shared Wireless Access
Protocol atau SWAP. SWAP mempunyai enam saluran suara berdasarkan kepada
standard Digital Enhanced Cordless Telecommunications (DECT) dan
spesifikasi tanpa wayar Ethernet 802.11 untuk data. Peranti SWAP
melakukan 50 loncatan sesaat dan memancar pada 1 Mbps. Keberkesanan
bergantung kepada pengeluar dan jumlah gangguan yang ada di kawasan yang
digunakan.
- Kelebihan SWAP:
- Murah
- Mudah dipasang
- Tiada wayar tambahan diperlukan
- Tiada titik capaian
- Terdapat enam saluran dupleks penuh (full duplex) dan satu saluran data
- Menyokong sehingga 127 peranti setiap rangkaian
- Menyokong lebih daripada satu rangkaian
- Menyokong enkripsi untuk keselamatan data
- Kelemahan SWAP:
- Kurang laju (biasanya 1 Mbps)
- Jarak terhad (20 hingga 40 meter)
- Boleh menganggu dengan peranti komunikasi
- Kurang serasi dengan rangkaian berwayar semasa
- Penerima tanpa wayar yang digunakan untuk rangkaian SWAP adalah kad
ISA, PCI atau PCMCIA yang mempunyai antena. Rangkaian SWAP adalah jenis
rangkaian peer-to-peer di mana ja memudahkan capaian kepada rangkajan
tetapi mempunyai jumlah gangguan yang ketara.
- Wi-Fi
- Wireless
Ethernet Compatibility Alliance (WECA) telah mengemukakan Wi-Fi
(wireless fidelity) sebagai alternatif kepada SWAP. la serasi dengan
variasi IEEE 802.11 yang juga dikenali selbagai IEEE 802.11b. Dengan
keserasian kepada 802.11b, perantinya mampu berkomunikasi pada kelajuan
11 Mbps. Walaupun capaian maksimanya ialah 11 Mbps tetapi ia tidak tetap
dan boleh menurun sehingga 1 Mbps. Namun ia tetap stabil dan mampu
memberilkan sokongan yang baik kepada rangkaian.
- Kelebihan WI-FI:
- Laju (11 Mbps).
-
Stabil Jarak lebih jauh (75 hingga 125 meter)
-
Boleh digabungkan dengan rangkaian berwayar semasa
- Serasi dengan sebarang peranti 802.11 DSSS
- Kelemahan WI-FI:
- Agak mahal
-
Agak sukar untuk dipasang
- Kelajuan tidak konsisten
- Wi-Fi
menawarkan kelajuan yang tinggi tetapi kosnya agak mahal. la juga
memerlukan titik capaian yang kosnya melebilhi RM2,000 sebuah. Manakala
kad capaian Wi-Fi pula mencecah sehingga RM500 sekeping. la terdapat
dalam versi PCI, USB dan Apple juga ada mengeluarkan produk capaian
Wi-Fi yang dikenali sebagai Airport yang juga serasi dengan komputer
berasaskan Windows.
LANGKAH-LANGKAH MENYEDIAKAN WIRELESS
Terdapat banyak jenama-jenama Access Point yang berada di pasaran, saya juga telah menggunakan banyak jenis Access Point. Antara yang popular adalah jenama Asus, Belkin, D-Link, NETGEAR dan lain-lain. Tidak kira jenis atau jenama Wireless Access Point yang digunakan oleh anda, penyediaan Access Point
adalah hampir sama bagi kebanyakan vendor. Langkah ini tidak memerlukan
penggunaan mana-mana cakera padat atau perisian tertentu. Semua
konfigurasi akan dilakukan melalui pelayar web.
1) Log Masuk ke Panel Kawalan Access Point
2) Tukar Kata Laluan Default
3) Konfigurasi Asas Tetapan Wireless
4) Konfigurasi Keselamatan Tanpa Wayar
5) Konfigurasi Alamat IP Access Point
6) Uji Sambungan