Sunday, 8 April 2012

Teknologi & Topologi

Maksud Topologi:
  • Merujuk kepada cara bagaimana sesebuah kabel dihubungkan kepada terminal komputer seseorang individu pada rangkaian.
Ciri - ciri Topologi:
  1. Topologi Fizikal
    - paparan sebenar alat-alat yang disambungkan kepada rangkaian termasuk tempat dan pemasangan
       kabel.
  2. Topologi Logikal
    - Merujuk kepada cara bagaimana ia beroperasi (memindahkan data) sebagaimana ia bertentangan
       dengan paparan tersebut.
Jenis-Jenis Topologi:
  1.  LINEAR BUS



 
  • Asas, mudah & murah
  • Semua nod dihubungkan terus kepada satu sambungan (link) 
  • Membolehkan setiap alat perangkaian melihat semua isyarat dari alat-alat yang lain.
  • Menggunakan wayar coaxial
  • Biasanya digunakan di pejabat, kediaman & institusi pendidikan yang kecil dan jumlah pengguna sedikit
  • Hujung kabel ditutup dengan terminator
     * KELEBIHAN*
  •  Murah
  • Senang untuk menambah stesen
  • Kurang menggunakan kabel berbanding topologi yang lain
  • Berfungsi dengan baik untuk rangkaian yang kecil
     *KEKURANGAN*
  •  Sebarang masalah pada mana-mana nod pada rangkaian tersebut berupaya menjadikan keseluruhan rangkaian tersebut gagal berfungsi.
  • permula atau penutup diperlukan pada kedua-dua penghujung tulang belakang kabel tersebut.
  • Sukar untuk menangani masalah.
  • Berkongsi kabel yang sama menyebabkan tahap respon amat rendah.


     2. STAR








  • Digunakan di dalam persekitaran rangkaian yang berasaskan kepada penggunaan komputer para pelanggan (client-server).
  • Penggunaan rangkaian yang serius dalam sektor industri khususnya syarikat multi nasional, pusat pengajian tinggi awam & sektor perubatan.
  • Menggunakan perkakasan yang dikenali sebagai hub.
  • Data yang masuk ke hub akan dibroadcast ke semua nod.
  • Pusat topologi ialah ‘Hub’.
  • Segmen-segmen bertemu di ‘Hub’.
  • Setiap alat memerlukan kabel tersendiri untuk dihubungkan ke ‘Hub’.
  • Jenis topologi yang lebih banyak.
  • Senang untuk dikekalkan dan dikembangkan.
     *KELEBIHAN*
  • Mudah untuk menambah stesen baru.
  • Senang untuk dikawal dan masalah mudah diatasi.
  • Dapat menampung ‘wiring’ yang berlainan.
  • Kegagalan sebuah kabel tidak mempengaruhi rangkaian yang lain (katahanan).
  • Hub menyediakan pengurusan berpusat.
  • Mudah ditingkatkan kepada kelajuan yang lebih cepat.
  • Banyak sokongan sebagaimana ia banyak digunakan.
     *KEKURANGAN*
  • Kegagalan hub akan melumpuhkan keseluruhan sambungan stesen.
  • Banyak kabel yang diperlukan.
  • Kos adalah lebih tinggi (pemasangan & keperluan) berbanding kebanyakkan perangkaian bas (bus).
  •  Jumlah terminal terbatas - bergantung kepada hub.

3. RING



 


  • Semua nod dihubungkan kepada dua komputer yang bersebelahan dengannya untuk membentuk satu rangkaian berbentuk bulatan tertutup. 
  • Semua alat dipasang terus kepada alat yang lain (daisy-chain).
  • Data yang dihantar dari satu nod ke nod yang lain perlu melalui nod-nod yang sebelumnya.
  • Tidak ada permulaan dan penutup.
  • Semua alat boleh mengakses secara sama rata.
  • ‘Single Ring’–data berpindah dalam satu hala sahaja.
  • Setiap alat harus menunggu giliran untukdisiarkan.
  • Jenis yang biasa ialah ‘Token Ring’ (IEEE 802.5).
      *KELEBIHAN*
  •  Data berpindah pada kelajuan yang tinggi.
  • Tiada pelanggaran.
  • Lebih mudah untuk mengenal pasti kesilapan.
  • Tidak memerlukan penamat.
      *KEKURANGAN*
  • Memerlukan lebih banyak kabel berbanding topologi bas (bus).
  • Satu kerosakan pada sambungan akan menyebabkan keseluruhan sambungan terganggu.
  • Tidak biasa digunakan berbanding topologi bas (bus) – tidak terdapat banyak peralatan.
  • Menambah atau mengurangkan nod akan mengacau jaringan.

4. TREE


  • Menggabungkan antara satu jenis topologi dengan jenis topologi yang lain.
  • Contoh : Topologi Star + Topologi Bus.   
  • Terdapat beberapa tingkatan simpul (node). 
  • Pusat atau simpul yang lebih tinggi tingkatannya, boleh menetapkan simpul lain yang lebih rendah tingkatannya.  
  • Data yang dihantar perlu melalui simpul pusat terlebih dahulu. 
      *KELEBIHAN*
  • Mudah membentuk satu-satu kumpulan.
      *KEKURANGAN*
  • Sekiranya sambungan di laluan utama mengalami kegagalan untuk berfungsi, keseluruan nod-nod juga tidak aka dapat berfungsi.
  • Data yang dihantar perlu melalui simpul pusat terlebih dahulu.

5. MESH





  • Tidak biasa digunakan menerusi LAN.
  • Biasa digunakan dalam WAN untuk penghubung LAN.
  • Setiap nod dihubungkan kepada nod-nod yang lain.
  • Membolehkan komunikasi terus berlangsung walaupun terdapat kesilapan diantara penghubung.
  • Ia adalah “Fault Tolerant”.
      *KELEBIHAN*
  • Menggalakkan "Fault Tolerant"
      *KEKURANGAN*
  • Mahal.
  • Sukar untuk dipasang.
  • Sukar untuk diuruskan.
  • Sukar untuk mengenalpasti masalah.


6. FDDI


  • standard komunikasi data dengan menggunakan fiber optic pada LAN.
  • Panjang sehingga 200 km.
  • Berasaskan pada protokol Token Ring. 
  • Terdiri dari dua Token Ring, salah satu ring-nya berfungsi sebagai ring backup sekiranya ada ring dari dua ring tersebut yang putus atau menghadapi kegagalan dalam bekerja. 
  • Mempunyai kelajuan 100 Mbps.
      *KELEBIHAN*
  • Keajuan yang tinggi
  • Sekiranya salah satu ring mengalami masalah, rangkaian masih dapat berjalan seperti biasa.

Saturday, 31 March 2012

6 Elemen Dalam Teknologi Komunikasi

1. MANUSIA
  •  Merujuk kepada pengguna komputer tersebut.
  • Elemen yang sangat penting dalam komunikasi. 
  • Mereka membina, menganalisis, dan membentuk sistem. 
  • Mereka juga yang mengoperasikan komputer. 
  • Ada 2 kategori manusia:
    -profesional
       e.g: programmer, computer engineer...
    -pengguna biasa
       e.g: kerani, guru...
2. PROSEDUR
  • Satu kerja yang tersusun mengikut peraturan untuk tindakan. 
  • Spesifikasi yang teratur, berturutan, dan juga perlaksanaan sesuatu proses.
3. MAKLUMAT/INFORMASI
  • Data yang disimpan dalam sistem komputer. 
  • Digunakan untuk menyiapkan sesuatu tugasan. 
  • Bentuk maklumat:
    -konsep
    -fakta
    -tafsiran.
  • Data = kumpulan/himpunan fakta, dari suatu objek.
  • Informasi = pengumpulan atau pengolahan data untuk memberikan pengetahuan atau keterangan.
4. HARDWARE
  • Objek fizikal yang merupakan bahagian - bahagian sistem komputer.
  • Operasi utama sistem komputer ialah : IPOS.
  • 5 kategori peralatan:
    -input
    -process
    -output
    -storage
    -komunikasi
 5. SOFTWARE
  • Arahan yang mana mengawal fungsi - fungsi komputer.
  • Arahan itu dilaksanakan oleh komputer
  • Dua jenis program :
    -sistem software
    -aplikasi software
6. KOMUNIKASI
  • Penyebaran maklumat
  • Ubah analog -> digital
  • Ubah digital -> analog

Tuesday, 13 March 2012

Telekomunikasi

Perkataaan telekomunikasi berasal daripada perkataan Greek.  ‘Tele’ bermaksud “sangat jauh”.  Ianya memerihalkan penghantaran maklumat dari jarak jauh tanpa mengubah kandungan maklumat tersebut.  Semua sistem telekomunikasi terdiri daripada komponen-komponen berikut  :
  Penghantar - mencipta maklumat yang akan dihantar.
   Bahantara  - maklumat akan dihantar melaluinya.
  Penerima    - menerima maklumat yang dihantar tanpa   
                       sebarang perubahan.

Satu contoh telekomunikasi ialah dua orang yang sedang bercakap melalui telefon dimana talian telefon adalah merupakan bahantara komunikasi.


Gambar sistem telekomunikasi mudah:


Friday, 9 March 2012

Hikayat Cik Siti Wan Kembang

Hahaha,,ntah dtg angin dr mane,,
tetiba ase minat ngan "Hikayat Cik Siti Wan Kembang" nie...

Jom...baca :)
Tau tak,, kalau ikot 1 rwyat nie,,

Sultan Ahmad + Cik Banun = Cik Siti Wan Kembang

Saturday, 25 February 2012

(^_^) Contengan Harapan (^_^)

Aku bukan pakar IT,,
Bab2 nie serius aku tak reti,,
Tak dinafikan aku memang suka story,,
Tp bukan dengan cara begini,,
It make me crazy,,
Tp ap nak buat da nasib diri,,
Blog nie memang aku buat sendiri,,
Tp ntah ap2 yg aku n3,,
Btw,, masa buat menda nie,,
Aku just fikir nak msokkan sesuatu yang boleh dikongsi,,
Walaupon dengan berat hati,,
Tapi nie la jalan yang aku perlu tempuhi...
Hopefully,,
ap yg aku buat nie ad sinar dikemudian hari..........:)