DEFINISI
Keselamatan rangkaian
membawa maksud kepada keutuhan dan kawalan keselamatan sesebuah rangkaian dalam
melindungi rangkaiannya daripada sebarang bentuk pencerobohan rangkaian yang
dilakukan oleh mereka-mereka yang dikenali sebagai “hackers” atau penggodam.
Selain itu, dalam prospek keselamatan rangkaian juga, sesebuah rangkaian itu
juga seharusnya mampu mengesan sebarang ralat dalam rangkaian dan mampu
memperbaiki ralat tersebut agar proses atau objektif rangkaian tersebut sentiasa
dapat dijalankan dengan jayanya. Keselamatan rangkaian merupakan satu perkara
yang penting dalam sesebuah pengurusan rangkaian kerana tanpa kawalan
keselamatan rangkaian yang kukuh pada sesebuah rangkaian akan menyebabkan
rangkaian itu mudah untuk dicerobohi sekaligus mampu menyebabkan data-data atau
maklumat dalam rangkaian diubah, dibuang dan sebagainya. Ini juga sekaligus akan
menyebabkan rangkaian itu lumpuh dan tidak mampu beroperasi dengan sempurna
malahan tidak mendapat kepercayaan daripada orang ramai.
PUNCA
- Terdapat banyak punca-punca pencerobohan di dalam sesebuah rangkaian dan adakalanya sesebuah pencerobohan itu adalah berbentuk peribadi dan ada juga dengan tujuan suka-suka. Namun disini diberikan 4 punca-punca pencerobohan dilakukan :
- Saingan
rangkaian
- Sesebuah rangkaian itu dicerobohi oleh saingan rangkaian tersebut dalam memastikan rangkaian yang dicerobohi itu lumpuh sekaligus memastikan rangkaiannya terus unggul di atas. Ini adalah bentuk persaingan yang tidak sihat kerana tidak berani menghadapi saingannya secara bersih.
- Menunjuk kehebatan
- Biasanya sesetengah “hackers” atau penggodam ini terdiri daripada individu-individu atau satu kumpulan yang memiliki pengetahuan yang mendalam mengenai komputer serta rangkaian namun tidak mempunyai sebarang sijil atau bukti untuk menunjukkan kehebatan mereka dalam komputer memandangkan ilmu pengetahuan tentang tentang cara-cara menceroboh sesebuah rangkaian, laman web ataupun komputer orang lain tidak diajar secara formal tetapi melalui inisiatif sendiri iaitu belajar sendiri atau mendapat tutorial dari orang yang pakar atau melalui pembacaan di internet mengenai kaedah-kaedah pencerobohan.
- Contoh (www.hackersparadize.cjb.net). Dengan niat yang terpesong, mereka menceroboh sesebuah rangkaian dan mengubah susunan-susnanan maklumat bahkan membuang maklumat-maklumat yang tersimpan di dalam rangkaian serta meninggalkan jejak mereka seperti tanda tangan ataupun nota ringkas bagi menunjukkan mereka sudah berjaya menceroboh rangkaian tersebut.
- Penganiayaan@pembasmi
jenayah
- Dalam sesetengah-sesetengah kes, motif pencerobohan adalah
berbentuk penganiayaan dimana individu atau kumpulan penggodam ini iri hati
dan tidak suka melihat sesebuah rangkaian itu maju dan sentiasa mendapat
respons yang baik daripada pengguna. Dengan menceroboh dan melumpuhkan
rangkaian ini, mereka akan merasa puas hati kerana dengan lumpuhnya
rangkaian tersebut, bermakna operasinya akan ditangguhkan untuk sementara
waktu dan kadangkala sehingga tidak dapat beroperasi langsung kerana
kehilangan segala sumber maklumat didalam rangkaian mereka. Contohnya,
pencerobohan server Yahoo.com yang menyebabkan operasi mereka
terganggu selama 3 hari. Namun demikian, ada juga pencerobohan dilakukan
oleh pihak persendirian bagi melumpuhkan operasi rangkaian yang menyediakan
perkhidmatan atau maklumat yang tidak bermoral seperti aktiviti lucah dan
ganas yang mampu merosakkan akidah orang ramai.
- Dalam sesetengah-sesetengah kes, motif pencerobohan adalah
berbentuk penganiayaan dimana individu atau kumpulan penggodam ini iri hati
dan tidak suka melihat sesebuah rangkaian itu maju dan sentiasa mendapat
respons yang baik daripada pengguna. Dengan menceroboh dan melumpuhkan
rangkaian ini, mereka akan merasa puas hati kerana dengan lumpuhnya
rangkaian tersebut, bermakna operasinya akan ditangguhkan untuk sementara
waktu dan kadangkala sehingga tidak dapat beroperasi langsung kerana
kehilangan segala sumber maklumat didalam rangkaian mereka. Contohnya,
pencerobohan server Yahoo.com yang menyebabkan operasi mereka
terganggu selama 3 hari. Namun demikian, ada juga pencerobohan dilakukan
oleh pihak persendirian bagi melumpuhkan operasi rangkaian yang menyediakan
perkhidmatan atau maklumat yang tidak bermoral seperti aktiviti lucah dan
ganas yang mampu merosakkan akidah orang ramai.
- Ingin
mencuba
- Di era internet ini, pencerobohan semakin mudah dilakukan dengan bantuan program-program khas yang boleh didapati secara percuma melalui internet. Ini sekaligus membawa kepada sifat ingin mencuba dan berdasarkan bilangan program-program atau “tools” pencerobohan yang begitu banyak sekali boleh didapati di internet, sudah pasti ada satu yang akan membuahkan hasil
- Saingan
rangkaian
JENIS-JENIS PENCEROBOHAN
- 3 jenis pencerobohan yang sering dilakukan oleh para
penggodam ini iaitu :
- Pencerobohan kata laluan : Setiap kakitangan didalam setiap rangkaian akan dibekalkan dengan kata laluan bagi membolehkan mereka memasuki rangkaian tersebut samada dari tempat kerja ataupun melalui komputer luar. Hanya mereka-mereka yang memiliki kata laluan yang tepat saja akan mendapat akses bagi memasuki dan mengendalikan data serta maklumat didalam rangkaian itu. Namun penceroboh telah mengenalpasti kaedah yang sesuai bagi mengatasi halangan kata laluan ini dengan menggunakan beberapa kaedah iaitu pertama, menggunakan program atau “tools” seperti Code Buster dan Brute Force. Program ini dicipta untuk mencipta seberapa banyak kata laluan hasil gabungan setiap aksara serta nombor melalui aturcara khasnya. Program ini akan terus mencipta kata laluan dan mencubanya pada rangkaian itu sehingga kata laluan yang dihasilkan diterima oleh rangkaian. Proses ini boleh mengambil masa dari sejam sehinggalah berminggu-minggu lamanya namun sekiranya berjaya, ianya cukup berbaloi.
- Penghantaran mesej-mesej ralat : Ini biasanya dilakukan oleh penceroboh yang berkemahiran tinggi dalam pengaturcaraan rangkaian. Penceroboh akan menghantarkan mesej-mesej ralat kepada sistem rangkaian yang ingin dicerobohinya dimana secara teorinya penghantaran mesej-mesej ralat ini akan menyebabkan sistem rangkaian menjadi keliru akan kemasukan-kemasukan mesej ralat ini dan akan menyebabkan sistem kawalannya lemah dan membolehkan penceroboh memasuki rangkaian itu walaupun memberikan kata laluan yang salah.
- Penghantaran fail berserta trojan : Ini adalah satu bentuk pencerobohan dari luar atau dengan kata lain, pengintipan. Penceroboh akan menghantar fail yang diselitkan bersama sebuah trojan atau “bugs” yang melakukan tugas pengintipan serta menghantar segala rekod operasi rangkaian itu kepada penghantar fail tadi. Dengan ini, segala maklumat yang ada didalam rangkaian samada maklumat rahsia atau umum akan diketahui oleh penghantar fail ini. Pengintipan akan berterusan sehinggalah sistem rangkaian itu mampu mengesan kehadiran trojan tersembunyi ini.
PENDEKATAN KAWALAN
- Menyedari akan
masalah pencerobohan yang semakin berleluasa ditambah dengan program-program
pencerobohan yang semakin mudah didapati melalui internet, pihak-pihak rangkaian
ini tidak mempunyai cara lain selain daripada memperbaharui pendekatan kawalan
mereka memandangkan pendekatan lama yang digunakan sudah tidak mampu digunakan
lagi bagi membendung aktiviti-aktiviti pencerobohan ini. Antara
pendekatan-pendekatan baru yang telah diperkenalkan ialah :
- Kata laluan dengan
ciri-ciri keselamatan baru
: Pihak rangkaian yang menyedari tentang penggunaan program-program pencerobohan
seperti Brute Force dan Code Buster ini telah mengenalpasti satu alternatif
iaitu dengan kemasukan kata laluan yang hanya akan memberikan 3 peluang
sekiranya pengguna salah memasukkan kata laluan. Sekiranya pengguna tersalah
memasukkan kata laluannya sebanyak 3 kali, maka keahliannya akan digantung buat
sementara waktu oleh sistem rangkaian. Dengan ini, sekiranya ada penceroboh yang
ingin memasuki rangkaian dengan mencuba seberapa banyak kata laluan pastinya
mempunyai peluang yang tipis kerana protokal kata laluan yang ketat ini.
- Firewall
: Dalam penggunaan firewall ini, sistem rangkaian akan mengkonfigurasikan
firewall ini supaya menerima kemasukan data-data yang telah ditetapkan saja,
oleh itu masalah kemasukan trojan yang diselitkan bersama fail biasa tidak akan
berlaku kerana firewall secara langsung akan menolak kemasukan data tersebut
sekiranya ia mengesan trojan tersebut. Sistem firewall terdiri daripada
penapisan paket dan aplikasi proxy. Penapisan paket mempunyai mekanisma kawalan
capaian untuk trafik rangkaian manakala aplikasi proxy pula menyediakan
mekanisma yang serupa tetapi dengan polisi keselamatan yang lebih ketat.
Pengurus firewall adalah antaramuka yang memudahkan pengurusan dan
pengkonfigurasian sistem firewall. Ia dapat menolong pentadbir sistem dalam
mengkonfigurasikan sistem, menbina polisi dan menganalisa laporan. Sistem
pengesahan satu masa memerlukan katalaluan baru setiap kali pengguna memasuki
sistem. Pengguna yang sah boleh mengesahkan diri mereka dengan menggunakan OTP
tanpa perlu merasa bimbang katalaluan tersebut digunakan oleh penceroboh untuk
memasuki sistem.


- Pengengkripan : Satu teknik yang digunakan untuk menukar data yang dihantar ke bentuk rahsia dan menukar semula ke bentuk asal apabila di terima oleh penerima. Pengengkripan ini boleh dilakukan oleh hos komputer, FEP atau peranti khas pengengkripan seperti yang biasa digunakan iaitu Encryptor.
- Close User Group : Penubuhan Close User Group ini adalah dimana rangkaian menghadkan kemasukan pengguna didalam rangkaiannya. Oleh itu, hanya kumpulan-kumpulan yang telah ditubuhkan mampu memasuki rangkaian dan berkomunikasi secara berkumpulan. Dengan ini, penceroboh yang cuba memasuki rangkaian ini memang mempunyai peluang yang tipis kerana pengggunaan kata laluan yang ketat disamping penetapan ip yang boleh memasuki rangkaian tersebut. Sekiranya penceroboh berjaya menggunakan kata laluan yang betul sekalipun, ip yang berbeza akan menyebabkan rangkaian menolak kemasukan penceroboh ini.
- Kata laluan dengan
ciri-ciri keselamatan baru
: Pihak rangkaian yang menyedari tentang penggunaan program-program pencerobohan
seperti Brute Force dan Code Buster ini telah mengenalpasti satu alternatif
iaitu dengan kemasukan kata laluan yang hanya akan memberikan 3 peluang
sekiranya pengguna salah memasukkan kata laluan. Sekiranya pengguna tersalah
memasukkan kata laluannya sebanyak 3 kali, maka keahliannya akan digantung buat
sementara waktu oleh sistem rangkaian. Dengan ini, sekiranya ada penceroboh yang
ingin memasuki rangkaian dengan mencuba seberapa banyak kata laluan pastinya
mempunyai peluang yang tipis kerana protokal kata laluan yang ketat ini.


















