Monday, 11 June 2012

Wireless

Rangkaian tanpa wayar adalah salah satu cara untuk menyambungkan komputer-komputer dalam sebuah rangkaian. la membina sebuah rangkaian dengan menghantar isyarat frekuensi radio di antara komputer-komputer untuk berkongsi maklumat.

Rangkaian tanpa wayar adalah serupa dengan rangkaian berwayar tetapi satu perbezaan nyata ialah rangkaian tanpa wayar boleh dicapai dalam ruang litup tertentu tanpa sebarang lokasi tetap. Dengan itu pengguna dapat bergerak bebas dan duduk dimana sahaja tanpa sebarang masalah (jika berada di dalam ruang capaian frekuensinya).

Dua jenis topologi rangkaian tanpa wayar iaitu:
  • peet-to-peer
    • Rangkaian akan berhubung dengan setiap komputer yang ada dalam rangkaian dengan lebih mudah dan secara langsung. Manakala bagi rangkaian tanpa wayar
  • client-server
    • Terdapat titik capaian (access point) untuk membolehkan komputer notebook menerima dan menghantar data menerusi titik ini menghantar kepada semua komputer yang dicapai oleh rangkaian.
KELEBIHAN

  • Teknologi ini adalah mengurangkan penggunaan kabel, yang memerlukan ruang untuk menghubung antara satu peranti dengan peranti ynag lain, dan juga merumitkan untuk menghubungkan lebih dari 2 piranti bersambung. 
  • Misalnya: untuk menghubungkan sebuah 1 komputer server dengan 100 komputer pengguna, maka memerlukan 100 buah kabel, dengan jarak panjang yang bersesuaian dengan jarak komputer pengguna dengan server. 
  • Jika kabel-kabel ini tidak ditutupi (seperti cable tray atau conduit), hal ini dapat mengganggu pemandangan mata atau mencacatkan pemandangan suatu bangunan. 
  • Tetapi jika menggunakan wireless maka dapat menjimatkan ruang dan pemandangan dalam sesebuah banggunan lebih teratur dan selesa. 

Terdapat empat jenis rangkaian tanpa wayar yang mana ia dibahagikan menurut kelajuan capaian rangkaian dan kos untuk mengimplimentasinya. 


  • Bluetooth
    • Teknologi ini tidak digunakan secara meluas lagi dan ia tidak mampu mengantikan rangkaian berkelajuan tinggi di antara komputer. la berspesifikasi untuk menggunakan radio berkuasa rendah untuk menghubungkan telefon dan komputer dalam jarak yang pendek tanpa wayar. Topologi Bluetooth dikenali sebagai piconet atau PAN (personal area network). Piconet mengendungi sekurang-kurangnya dua hingga maksimum lapan peranti Bluetooth dalam rangkaiannya. Bluetooth mempunyai jarak maksima 10 meter (30 kaki) dan kelajuan ia berkomunikasi tidak sampai 1 Mbps. la menggunakan isyarat radio dalam jarak 2.4 Ghz atau yang sama dengan 802.11b.
  • IrDA
    • IrDA (Inframerah) adalah sebuah piawai untuk perhubungan peranti dengan menggunakan cahaya inframerah. Cara inilah alat kawalan jauh berfungsi dan ia bergerak dengan kelajuan 4Mbps di samping bergerak dalam aliran yang lurus.
  • SWAP
    • HomeRF (RF atau Radio Frequency) telah mengujudkan sebuah standard yang dipanggil Shared Wireless Access Protocol atau SWAP. SWAP mempunyai enam saluran suara berdasarkan kepada standard Digital Enhanced Cordless Telecommunications (DECT) dan spesifikasi tanpa wayar Ethernet 802.11 untuk data. Peranti SWAP melakukan 50 loncatan sesaat dan memancar pada 1 Mbps. Keberkesanan bergantung kepada pengeluar dan jumlah gangguan yang ada di kawasan yang digunakan.
    • Kelebihan SWAP:
      • Murah
      • Mudah dipasang
      • Tiada wayar tambahan diperlukan
      • Tiada titik capaian
      • Terdapat enam saluran dupleks penuh (full duplex) dan satu saluran data
      • Menyokong sehingga 127 peranti setiap rangkaian
      • Menyokong lebih daripada satu rangkaian
      • Menyokong enkripsi untuk keselamatan data
    • Kelemahan SWAP:
      • Kurang laju (biasanya 1 Mbps)
      • Jarak terhad (20 hingga 40 meter)
      • Boleh menganggu dengan peranti komunikasi 
      • Kurang serasi dengan rangkaian berwayar semasa
      • Penerima tanpa wayar yang digunakan untuk rangkaian SWAP adalah kad ISA, PCI atau PCMCIA yang mempunyai antena. Rangkaian SWAP adalah jenis rangkaian peer-to-peer di mana ja memudahkan capaian kepada rangkajan tetapi mempunyai jumlah gangguan yang ketara.
  • Wi-Fi

    • Wireless Ethernet Compatibility Alliance (WECA) telah mengemukakan Wi-Fi (wireless fidelity) sebagai alternatif kepada SWAP. la serasi dengan variasi IEEE 802.11 yang juga dikenali selbagai IEEE 802.11b. Dengan keserasian kepada 802.11b, perantinya mampu berkomunikasi pada kelajuan 11 Mbps. Walaupun capaian maksimanya ialah 11 Mbps tetapi ia tidak tetap dan boleh menurun sehingga 1 Mbps. Namun ia tetap stabil dan mampu memberilkan sokongan yang baik kepada rangkaian.
    • Kelebihan WI-FI:
      • Laju (11 Mbps). 
      • Stabil Jarak lebih jauh (75 hingga 125 meter) 
      • Boleh digabungkan dengan rangkaian berwayar semasa 
      • Serasi dengan sebarang peranti 802.11 DSSS
    • Kelemahan WI-FI:
      • Agak mahal 
      • Agak sukar untuk dipasang 
      • Kelajuan tidak konsisten
    • Wi-Fi menawarkan kelajuan yang tinggi tetapi kosnya agak mahal. la juga memerlukan titik capaian yang kosnya melebilhi RM2,000 sebuah. Manakala kad capaian Wi-Fi pula mencecah sehingga RM500 sekeping. la terdapat dalam versi PCI, USB dan Apple juga ada mengeluarkan produk capaian Wi-Fi yang dikenali sebagai Airport yang juga serasi dengan komputer berasaskan Windows.

LANGKAH-LANGKAH MENYEDIAKAN WIRELESS

Terdapat banyak jenama-jenama Access Point yang berada di pasaran, saya juga telah menggunakan banyak jenis Access Point. Antara yang popular adalah jenama Asus, Belkin, D-Link, NETGEAR dan lain-lain. Tidak kira jenis atau jenama Wireless Access Point yang digunakan oleh anda, penyediaan Access Point adalah hampir sama bagi kebanyakan vendor. Langkah ini tidak memerlukan penggunaan mana-mana cakera padat atau perisian tertentu. Semua konfigurasi akan dilakukan melalui pelayar web.

1) Log Masuk ke Panel Kawalan Access Point

2) Tukar Kata Laluan Default

3) Konfigurasi Asas Tetapan Wireless

4) Konfigurasi Keselamatan Tanpa Wayar

5) Konfigurasi Alamat IP Access Point

6) Uji Sambungan



No comments:

Post a Comment